KUCHING: Kertas siasatan melibatkan seorang pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) di Sarawak yang didakwa salah guna kuasa serta menggunakan kekerasan pada bulan lepas telah diserah ke Pejabat Peguam Negara.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.
"Kertas siasatan telah dirujuk ke Peguam Negara. Kebiasaannya kes melibatkan tentera ini akan pergi ke Mahkamah Tentera," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Padawan, Matu Daro dan Serian di sini hari ini.
Pada 7 Mac lepas, TDM mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak, terhadap seorang lagi pegawainya.
Markas TDM dalam kenyataan memaklumkan laporan polis telah dibuat mangsa berikutan kejadian yang didakwa berlaku semasa mangsa sedang menjalani latihan peringkat formasi dan laporan berkenaan telah tular di media sosial.
TDM turut menubuhkan lembaga siasatan peringkat dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian dan dakwaan tersebut, dengan pegawai kanan berkenaan telah dilepaskan daripada tugas pemerintahan bagi membolehkan siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024

Mancha menyaksikan pertukaran nota serah terima tugas Ketua Polis Daerah Matu Daro Sarawak antara DSP Neil Beginda (kiri) dengan DSP Rahim Mihos pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Padawan, Serian dan Matu Daro. - Bernama

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Polis rampas 137 laras senjata tiruan, tahan 10 individu
Sepuluh individu termasuk tujuh wanita ditahan manakala 137 laras senjata tiruan dirampas dalam serbuan di lima premis menjual barang mainan di kawasan Kuching dan Samarahan, semalam.

Polis pantau operasi berkaitan GISB di Sarawak
Polis turut menjalankan siasatan terperinci dengan mengenal pasti operasi yang dijalankan oleh GISBH namun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Pegawai kanan tentera guna kekerasan: Kertas siasatan diserah ke pejabat Peguam Negara
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.

Ketirisan diesel: KPDN perkukuh kerjasama dengan Polis Sarawak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkukuh kerjasama dengan Polis Sarawak dalam usaha membanteras ketirisan minyak diesel bersubsidi di negeri itu.

PRK DUN Jepak: Polis lulus 128 permit ceramah dan kempen
Polis Sarawak hanya menerima lima laporan polis sepanjang tempoh berkempen PRK berkenaan.

Polis Sarawak lupus dadah bernilai RM1.78 juta
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sarawak hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM1.78 juta yang dirampas sejak 10 tahun lepas.

'Geng Baby' tumpas, polis selesai 13 kes samun berkumpulan
Mohd Azman berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 23 dan 30 tahun.

Simpanan KWSP dan peribadi lesap, wanita rugi hampir RM1.2 juta
Seorang wanita berusia 55 tahun mengalami kerugian RM1.18 juta apabila menjadi mangsa penipuan penyamaran menerusi panggilan telefon.

Polis Sarawak rampas dadah bernilai lebih RM600,000 di Sibu
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM643,157 dengan penahanan seorang penganggur lelaki di bandar ini Khamis lepas.

PRU15: Polis Sarawak cukup anggota hadapi kemungkinan banjir
Mohd Azman berkata bantuan anggota dari luar Sarawak juga tidak diperlukan buat masa ini.