Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Muhammad Zahid Md Arip yang ketika itu pegawai khas politik Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak pernah membawa beg kertas atau beg lain ke bilik pejabat bekas pengerusi Felda itu.
Bekas setiausaha Mohd Isa, Zuraida Ariffin @ Shaari, 49, berkata sepanjang ingatannya, Muhammad Zahid akan masuk ke bilik majikannya tanpa membawa apa-apa.
“Adakalanya beliau akan datang dengan memegang kertas ataupun sampul surat nipis apabila bertemu dengan Tan Sri Isa.
“Seandainya itu berlaku sudah pasti saya dapat mengingati perkara ini kerana ia tidak pernah terjadi,” kata saksi pembelaan kedua itu ketika membacakan penyataan saksinya pada hari kedua prosiding bela diri Mohd Isa yang menghadapi sembilan pertuduhan rasuah.
Semasa perbicaraan sebelum ini, Muhammad Zahid yang merupakan saksi pendakwaan ke-21 memberitahu mahkamah bahawa beliau menyerahkan sebanyak sembilan kali wang berjumlah RM3 juta yang diisi dalam beg kertas dan beg hitam kepada Mohd Isa di pejabat tingkat 49, Menara Felda.
Zuraida berkata setiap individu yang mahu berjumpa dengan Mohd Isa perlu melaluinya kerana kedudukan meja wanita itu berhadapan dengan bilik tertuduh serta hanya dirinya dan polis bantuan sahaja yang mengetahui kod akses untuk masuk ke bilik Mohd Isa.
“Saya juga akan bertanggungjawab untuk membuka pintu pejabat Tan Sri Isa setiap kali beliau hadir di pejabat kerana beliau sendiri tidak mengingati kod akses tersebut ...bagi pegawai khas beliau, mereka boleh keluar masuk berjumpa dan berurusan dengan Tan Sri Isa tanpa meminta kebenaran dari saya, serta saya tidak ada merekod kedatangan mereka.
“Namun, apabila Tan Sri Isa tiada di pejabat pula, sekiranya sesiapa sahaja, sama ada pegawai khas kepada Tan Sri Isa atau lain-lain individu ingin memasuki pejabat Tan Sri Isa, mereka perlulah berurusan dengan saya terlebih dahulu sebelum boleh memasuki pejabat Tan Sri Isa,” katanya.
Tambahnya, setiap kali Mohd Isa keluar dari pejabat, beliau tidak pernah membawa ataupun memegang apa-apa barang kerana barang-barangnya akan dibawa oleh pegawai khasnya, Kamar Bashah Shariff.
“Perkara yang sama juga berlaku setiap kali Tan Sri Isa tiba di pejabat beliau. Semua barangan milik Tan Sri Isa akan dibawa dan dijaga oleh Encik Kamar ...sepanjang ingatan saya juga, saya tidak pernah melihat Encik Kamar membawa apa-apa beg kertas ataupun beg besar keluar daripada pejabat Tan Sri Isa,” katanya.
Saksi itu berkata kebiasaannya beliau akan masuk ke dalam pejabat Mohd Isa selepas majikannya itu keluar dari pejabatnya bagi melihat keadaan pejabat dan meja Mohd Isa,
“Saya akan menyusun meja beliau jika ia berada di dalam keadaan yang bersepah. Setelah itu, saya akan mengunci kembali bilik beliau ...saya juga tidak pernah melihat beg kertas yang ditinggalkan di dalam bilik Tan Sri Isa,” katanya.
Tambahnya, beliau hanya akan mengambil cuti pada masa Mohd Isa tiada di pejabat ataupun semasa Mohd Isa berada di luar negara.
Mohd Isa berdepan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,090,000 daripada ahli lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel menerusi Muhammad Zahid, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada RM160 juta.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai, 2014 dan 11 Dis, 2015.
Setiap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pembelaan dikendalikan oleh peguam Siti Sarah Khalil manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 19 2020

Mohd Isa berdepan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,090,000. -Gambar fail/ Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

KKM, syarikat telekomunikasi bekerjasama beri percuma Talian HEAL 15555
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk membolehkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 diberikan secara percuma.

Undang-undang tuntutan bayaran berita dalam talian perlu kajian menyeluruh - Pakar
Menurut penganalisis, tiba masanya kerajaan menimbangkan cadangan melaksanakan akta berkenaan bagi memastikan industri media kekal mampan.

Bayaran petugas, pemeriksa SPM 2022 selesai selewatnya 31 Julai
Sehingga 23 Jun 2023, pembayaran IKH dan TNT telah selesai 100 peratus di sembilan negeri.

Twitter benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna baca artikel - Musk
Fungsi baharu itu untuk memberikan situasi sama menang kepada media dan pengguna.

'Maruah saya tercalar..' - Isteri Zamani dakwa duit 'disonglap', penganjur konsert jelas isu sebenar
"Saya bukan nak panjangkan hal ini tetapi saya rasa maruah dah tercalar disebabkan kenyataan isterinya."

Apple Pay akhirnya tiba di Malaysia
Ciri itu membolehkan pengguna melakukan pembayaran tanpa sentuh dengan peranti iOS seperti iPhone dan Apple Watch.

Perkhemahan, parkir kenderaan di Pantai Air Papan akan dikena bayaran mulai 1 Julai
Majlis Daerah Mersing (MDM) akan mengenakan bayaran bagi aktiviti perkhemahan dan meletak kenderaan di Pantai Air Papan di sini berkuat kuasa pada 1 Julai ini.

Guru rugi RM45,500 diperdaya pelaburan menerusi Telegram
Seorang guru dari Jempol mendakwa kerugian RM45,500 selepas terpedaya dengan pelaburan yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram.

PEMULIH: Kerajaan laksana Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji - PM
Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 billion menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Kerajaan selesai beli, bayar bekalan vaksin untuk vaksinasi dalam negara
Kerajaan sudah selesai membeli dan membayar bekalan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan rakyat di negara ini dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi dalam negara.