KUALA NERUS: Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) diingatkan agar sentiasa menerapkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka sekali gus membantu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang bangsa.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Aidi Ismail berkata mereka turut diminta menggunakan ilmu kepolisan yang diperoleh selepas menjalani latihan selama tiga tahun sebaiknya, demi memastikan keselamatan negara kekal terpelihara.
"Sebagai pewaris negara, golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang secukupnya bagi menghadapi arus peradaban yang semakin mencabar.
"Begitu juga semangat kecintaan kepada negara yang perlu disemai dan dipupuk dalam jiwa belia hari ini," ucapnya pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor SUKSIS Universiti Awam ke-19 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.
Seramai 690 Inspektor Kor SUKSIS dari 12 universiti awam dan empat kampus cawangan Universiti Teknologi MARA berjaya menamatkan latihan mereka.
Aidi berkata latihan serta ilmu kepolisan yang diperoleh menjadi pakej pelengkap kepada Pegawai Kor SUKSIS untuk muncul sebagai individu yang memiliki sahsiah cemerlang sekali gus menjadi pemimpin berkaliber dan berpengetahuan dalam bidang berkenaan.
"Pelatih Kor SUKSIS perlu menjalani latihan selama tiga tahun atau enam semester yang melibatkan 672 jam secara keseluruhan mengikut sukatan latihan yang telah diselaras dan ditetapkan di semua universiti awam.
"Sehingga kini kita telah berjaya melahirkan 18,332 pegawai yang dididik dan disemai dengan jati diri tinggi dan penuh dengan ilmu kepolisan," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap Pegawai Kor SUKSIS dapat menceburkan diri dalam dunia kepolisan dengan memohon sebagai pegawai polis kelak.
Menurutnya pada masa ini, seramai 3,437 pelatih Kor SUKSIS daripada 31 universiti awam di seluruh negara sedang menjalani latihan di universiti masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023

Pengarah JPJKK Bukit Aman Datuk Seri Aidi Ismail (kanan) hadir pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa Siswi Universiti Awam kali ke-19 di UniSZA di sini hari ini. - Foto Be

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.
AWANI Ringkas: Penyelewengan | Dewan Rakyat | Reformasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dewan Rakyat | Bursa Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

31 mangsa dakwa ditipu selepas sertai pakej perniagaan dengan tajaan umrah
Seramai 31 individu mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang lelaki bergelar Datuk yang menawarkan pakej perniagaan dan tajaan umrah dengan jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM300,000 sejak 2023.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.
#AWANIRingkas 20 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 20 Februari 2025
1️⃣ Zakir naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan
2️⃣ MAHB dinyahsenarai pada 25 Feb
3️⃣ Lanjutan moratorium bagi sektor besi, keluli
#awaniringkas
1️⃣ Zakir naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan
2️⃣ MAHB dinyahsenarai pada 25 Feb
3️⃣ Lanjutan moratorium bagi sektor besi, keluli
#awaniringkas

MAIPk belum muktamad kadar zakat fitrah tahun ini
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) belum menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun ini.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.
AWANI Tonight: What does the proposed Urban Renewal Act mean for development?
The Urban Renewal Act is expected to be tabled in the current parliamentary session. Nischal Muniandy from IDEAS discusses what the law entails and its impact on the growth of our cities.

Pegawai Kor SUKSIS diingat sentiasa terap prinsip Rukun Negara
Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) diingatkan agar sentiasa menerapkan Prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka.