Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan meminta suapan berjumlah RM20,000 daripada seorang pegawai polis, 7 April lepas.
Hakim Amran Jantan ketika menjatuhkan hukuman itu terhadap Kenny Chua Boon Meng, 35, memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh ditangkap, 7 April lepas.
Tertuduh diperintah dihukum penjara tiga bulan lagi sekiranya gagal bayar denda berkenaan.
Kenny yang bertugas di Pejabat SPRM Putrajaya didakwa meminta suapan terbabit daripada seorang pegawai polis berpangkat inspektor, Muhamad Fazal Sulaiman, 36, dengan cara memperdayakan mangsa menyerahkan sejumlah RM20,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya berhubung satu fail tohmahan yang kononnya dibuka SPRM sedangkan ia tidak wujud.
Dia melakukan kesalahan itu di dalam kereta jenis Proton Persona di perkarangan luar bangunan Balai Bomba dan Penyelamat, Bandar Baru Bangi pada 12.55 tengah hari, 7 April lepas.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Heikal Ismail, memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap Kenny kerana dia merupakan pegawai SPRM yang sepatutnya bertanggungjawab mengekang jenayah rasuah di negara ini.
Bagaimanapun Kenny yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atasnya dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama selain telah banyak memberikan sumbangan kepada SPRM sepanjang lapan tahun berkhidmat termasuk menyelesaikan pelbagai kes berkaitan rasuah.
Bernama
Tue Apr 12 2016
Penolong Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kenny Chua Boon Meng dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam. - Foto Bernama
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan DXY yang meningkat.
Niaga hadapan MSM dijangka rendah minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka rendah minggu depan dalam persekitaran prestasi eksport yang kurang memberangsangkan, kata peniaga minyak sawit David Ng.
Bursa Malaysia dijangka pulih, aktiviti dagangan meningkat minggu ini
Sentimen pasaran yang lebih baik dijangka menggalakkan pembelian saham berharga rendah, dengan FBM KLCI berpotensi pulih selepas dagangan perlahan minggu ini.
Adakah tarif Trump bakal cetuskan perang dagang global?
Ketegangan perdagangan semakin memuncak dengan tindak balas Mexico, Kanada, dan China terhadap tarif Amerika Syarikat. Bersama Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, kita kupas kesan dasar ini kepada ekonomi global, impak jangka panjang kepada A.S., dan bagaimana negara lain menyesuaikan strategi perdagangan mereka.
Mengapa FBMKLCI Menurun Walaupun Ekonomi Malaysia Kukuh? | Januari 2025
Pada Januari 2025, FBMKLCI mencatatkan penurunan sebanyak -5.20% walaupun terdapat laporan ekonomi yang menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia. Mengapa ini berlaku? Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidaksepadanan antara data ekonomi dan prestasi pasaran? Sertai kami bersama Mohd Sedek Jantan, Ketua Penyelidikan Pelaburan di UOB Kay Hian Wealth Advisors, untuk membincangkan fenomena ini.
EPL: Amorim percaya 'perkara lebih baik akan tiba' di Manchester United
Keputusan itu menyaksikan Palace melonjak ke tangga ke-12, dan The Red Devils kekal di kedudukan ke-13.
Perbicaraan hari pertama kes abai Zayn Rayyan bermula hari ini
Seramai 15 saksi akan hadir memberi keterangan terhadap Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.
Imam masjid di Teluk Intan buat laporan polis, dakwa difitnah bekas ADUN
Mohamad Lotfi menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang imam.
Tarif AS: Jangan guna sekatan perdagangan untuk pecah belah dunia - Scholz
Canselor Jerman, Olaf Scholz menyeru agar sekatan perdagangan tidak digunakan memecahbelahkan dunia, lapor Reuters. Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer pada Ahad, beliau akui bahawa kerjasama global telah memberi manfaat kepada semua pihak.
Ringgit dijangka bergerak berhati-hati, dipengaruhi tarif AS
Ringgit dijangka diniagakan antara RM4.41–RM4.44 minggu depan, dengan trajektori bergantung pada dasar tarif AS dan hubungan perdagangan Malaysia-China.
Pegawai penyiasat SPRM dipenjara tiga bulan, denda RM3,000 minta suapan
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan meminta suapan berjumlah RM20,000 daripada seorang pegawai polis, 7 April lepas.