KUALA LUMPUR: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seorang bekas pegawai agensi sama, mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan merompak seorang ahli perniagaan warga China, hampir RM1 juta di sebuah residensi mewah dua tahun lalu.
Muhamad Haffiz Mohd Radzi, 33, Mohd Fahmee Mohamad Nor, 41, dan Azwan Asli, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Izralizam Sanusi dan Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas harta Kun Gao iaitu wang tunai RM952,690, Yuan 1,225, satu bagasi warna perak dan satu beg jenama Louis Vuitton (LV) warna hitam, di sebuah residensi di Jalan Ampang, di sini, pada jam 12 tengah hari, 10 Disember 2021.
Pendakwaan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.
Semasa prosiding di hadapan Izralizam, Timbalan Pendakwa Raya, Izalina Abdullah, mencadangkan Muhamad Haffiz dan Mohd Fahmee diberi ikat jamin masing-masing RM30,000 dengan seorang penjamin.
“Ia termasuk syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis terdekat sekali setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah,” katanya.
Bagaimanapun, peguam, Ravichandaran Selliah bagi pihak Muhamad Haffiz merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah kerana perlu menyara keluarga termasuk dua anaknya berusia lima dan dua tahun.
“Jaminan yang dicadangkan pihak pendakwaan mencecah 10 kali ganda daripada gaji bulanan anak guam sedangkan dia tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri,” katanya.
Sementara itu, peguam, R Vikraman berkata, Mohd Fahmee merupakan bapa tunggal, perlu membayar nafkah kepada bekas isteri dan menanggung seorang anak.
Selepas mendengar hujahan itu, Izralizam membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan serta dua syarat lagi dicadangkan pendakwaan, selain menetapkan 5 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu di hadapan Aminah, Vikraman yang turut mewakili Azwan, memohon ikat jamin ditetapkan pada kadar rendah.
Hakim membenarkan bekas pegawai SPRM itu diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada tarikh sama.
Pada 13 Disember 2021 Sinar Harian melaporkan dua individu termasuk seorang pegawai SPRM yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes rompakan berkumpulan membabitkan kerugian RM700,000.
Sementara itu, SPRM dalam kenyataan media, mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah.
Suruhanjaya itu memberi kerjasama penuh untuk mengesan pegawai terbabit dan menyerahkannya kepada polis.
Pihaknya tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terbabit dengan sebarang kesalahan jenayah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 13 2023

Muhamad Haffiz Mohd Radzi, 33, Mohd Fahmee Mohamad Nor, 41, dan Azwan Asli, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Gambar hiasan

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.

OKU buta, 4 rakan dituduh rompak patung berhala RM74,500
Seramai lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, masing-masing atas satu pertuduhan merompak patung berhala bernilai RM74,500, pada tiga minggu lalu.

Sering buat ‘content’ tayang isi rumah, keluarga di Bogor dirompak, suami dibunuh
Sebuah keluarga di Bogor, Jawa Barat, Indonesia berdepan kejadian ngeri apabila kediaman mereka dirompak, selepas kerap memuat naik hantaran di TikTok yang menunjukkan bahagian dalaman rumah.

Pekerja pembersihan didakwa rompak wanita 87 tahun
Seorang pekerja pembersihan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak wang tunai RM600 milik seorang wanita berusia 87 tahun di sebuah pangsapuri.

Pengarah syarikat disamun di lampu isyarat, perompak larikan RM200,000
Seorang pengarah syarikat barang lusuh berdepan detik cemas selepas disamun sekumpulan lelaki bersenjata di lampu isyarat berhampiran sebuah sekolah di Seksyen 33, di sini pada Isnin.

Polis kesan lima lelaki warga asing samun tiga beranak guna senjata parang
Tiga beranak itu yang terdiri daripada suami isteri dan anak lelaki mereka diugut akan dibunuh jika membuat laporan polis.

Pegawai SPRM didakwa rompak hampir RM1 juta, beg LV
Dua pegawai SPRM dan seorang bekas pegawai mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merompak seorang ahli perniagaan warga China, hampir RM1 juta di sebuah residensi mewah dua tahun lalu.

Sapa pekerja wanita sebelum rompak kedai emas guna ‘pump gun’
Pemilik kedai emas kerugian RM178,000 apabila kedai emas miliknya di Jalan Langgar, di sini dirompak seorang lelaki bersenjatakan 'pump gun' pada Ahad.

Polis siasat kes samun barang kemas RM1.4 juta tular
Polis sedang menyiasat kejadian samun barang kemas dalam kenderaan di tempat letak kereta berhampiran sebuah kedai emas di Kuala Kangsar, melibatkan kerugian kira-kira RM1.4 juta yang tular.

Penganggur dipenjara tiga tahun, sebat kerana rompak pemancing
Seorang penganggur dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah merompak secara berkumpulan di Bahau bulan lalu.