PUTRAJAYA: Prosiding pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A Samad daripada tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Bhd, di Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin, ditangguhkan ke 9 Oktober depan.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas pihak pembelaan memohon penangguhan prosiding terbabit.
Semasa prosiding, peguam, Datuk Seri K Kumaraendran yang mewakili Zizie Izette, 47, meminta supaya kes itu disambung ke tarikh lain kerana seorang lagi peguam, M Athimulan tidak dapat hadir kerana mengalami masalah jantung.
Menurutnya, Athimulan yang mewakili Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berusia 67 tahun itu tidak sihat ketika berada di negara India, pada 10 Julai lalu.
“Susulan berkenaan, beliau mendapatkan rawatan penyakit jantung di Hospital Tamil Nadu dan pulang tanah air pada minggu lepas.
“Athimulan juga dinasihatkan untuk meneruskan pemeriksaan di Singapura memandangkan beliau pernah menerima rawatan di negara itu,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How berkata, pendakwaan tidak membantah cadangan pihak pembelaan selaku responden.
Bagaimanapun katanya, pendakwaan sebagai perayu, bersedia jika mahkamah mahu meneruskan pendengaran kes.
“Hari ini ditetapkan untuk pendengaran dan kami telah memfailkan semua hujahan,” katanya yang turut disertai Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadly Mohd Zamry.
Selepas mendengar permohonan daripada semua pihak, Ahmad Zaidi memaklumkan, mahkamah telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Athimulan.
“Cuma tarikh yang disarankan November itu, terlalu lama dan saya harap prosiding dibuat lebih awal.
“Mahkamah tetapkan 9 Oktober depan untuk prosiding ini,” katanya.
Pada 3 Mei 2019, Ahli Parlimen Kinabatangan itu didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, 45, melalui Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati, antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.
Ahli politik itu juga didakwa menerima suapan RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar, 47, di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat serupa pada 19 Jun 2015.
Pendakwaan terhadap Bung Moktar dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu.
Pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan pasangan suami isteri ini membela diri atas tuduhan berkenaan.
Pada 7 Julai 2023, Mahkamah Rayuan memerintahkan Mahkamah Tinggi mendengar permohonan Bung Moktar ini dan Zizie Izette, untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan pasangan itu membela diri.
Pada 7 September tahun sama, Mahkamah Tinggi di sini kemudiannya membenarkan permohonan semakan pasangan ini berhubung keputusan berkenaan.
Susulan keputusan itu, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid melepas dan membebaskan pasangan suami isteri itu daripada tuduhan berkenaan.
Susulan itu, pendakwaan memfailkan rayuan pada 18 September berhubung keputusan pembebasan mereka dan Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Julai depan bagi mendengar rayuan tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 29 2024

Bung Moktar dan Zizie Izette hadir ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Peguam Bung Moktar sakit jantung, prosiding tangguh 9 Oktober
Prosiding pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette daripada pertuduhan rasuah ditangguhkan ke 9 Oktober depan.

Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.

ADUN Warisan, UMNO tidak hadir DUN Sabah, sepakat sokong dua RUU kuasa kawal selia bekalan gas
Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Warisan dan UMNO Sabah dilihat tidak hadir pada sidang khas di Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu sedia kanopi untuk media
Dua kanopi disediakan di hadapan pintu gerbang Istana Seri Kinabalu kepada pengamal media yang 'berkampung' di hadapan Istana Seri Kinabalu.

Serah kuasa: Bantu Kerajaan Sabah rancang pembangunan bekalan air, letrik, jalan raya - Bung Moktar
Penyerahan kuasa meluluskan projek-projek pembangunan bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak dilihat dapat merancangkan pembangunan tiga keperluan asas yang dituntut rakyat Sabah.

Dakwaan ADUN BN terlibat usaha tukar kerajaan tidak benar - Bung Moktar
Bung Moktar menafikan dakwaan terdapat usaha untuk menggantikan kerajaan yang ditadbir oleh parti itu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada kerajaan BN-Parti Warisan (Warisan).

PRU15: Bung Moktar, Maximus Ongkili kekal pertahan kerusi
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar kekal mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kerja baik pulih cerun KM2.1 Sandakan dimulakan bulan depan - Bung Moktar
Kerja-kerja pembaikan cerun yang runtuh di kilometer KM2.1 jalan utama menuju ke pusat bandar berhampiran bulatan menara jam SM Sung Siew, di sini, akan dimulakan bulan depan.

'Pejuang di Semenanjung pun kalah teruk, mau datang Sabah lagi?' - Bung Moktar
Tegasnya, Pejuang hilang semua wang pertaruhan ketika bertanding di Semenanjung dan amat mustahil rakyat Sabah berminat dengan parti itu.

Naikkan harga tiket: Syarikat penerbangan 'hisap darah' rakyat - Bung Moktar
Ada syarikat penerbangan meletakan syarat semua penumpang wajib mendaftar masuk melalui mesin disediakan, dan bayaran RM100 dikenakan.