KUALA LUMPUR: Jonathan Laidlaw, seorang Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom yang berhasrat mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan bekas perdana menteri itu berhubung kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd, mempunyai kelayakan khas dan pengalaman sedia ada yang tidak dimiliki dalam kalangan peguambela dan peguam cara di Malaysia, menurut pasukan pembelaan Najib.
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam afidavit menyokong permohonan Laidlaw mewakili perayu dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan pada Ogos berkata, Laidlaw yang terlibat dalam 109 kes yang dilaporkan di Mahkamah Bahagian, Mahkamah Rayuan dan House of Lords (kini Mahkamah Agung), mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam pelbagai kes rasuah di UK dan dalam bidang kuasa luar negara.
"Sebagai contoh, beliau mewakili dua ahli House of Lords dan seorang ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam skandal 'bayaran untuk anugerah' yang melibatkan dakwaan berhubung kaitan antara pinjaman kepada parti politik UK dan pemberian gelaran seumur hidup (menerusi perwakilan, tiada seorang pun berhadapan dengan pertuduhan, dan oleh itu ia tidak dapat dikenal pasti).
"Beliau pernah terlibat dalam pendakwaan berkaitan siasatan terbesar terhadap kes rasuah dalam perkhidmatan Polis Metropolitan, yang membawa kepada sabitan dua pegawai (Garner dan McGuinness) yang kemudiannya beralih memberikan bukti bagi mendakwa beberapa bekas rakan sekerja mereka," katanya sambil menambah bahawa Laidlaw disenaraikan oleh Sunday Times sebagai salah seorang daripada 500 individu paling berpengaruh di Britain.
Menurutnya, Laidlaw merupakan pakar dalam jenayah perniagaan serta jenayah kewangan dan sepanjang kariernya Peguam Diraja itu pernah mewakili beberapa pelanggan korporat seperti Texaco, Gulf, BOC, Ford, Southern Cross, Esso, BHP Billiton, dan Fluor.
"Beliau telah mewakili kedua-dua syarikat dan pengarahnya dalam kes-kes yang melibatkan liabiliti jenayah korporat. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau telah berjaya membela BHP Billiton dalam beberapa siri kes yang dibawa oleh Jabatan Perdagangan dan Perindustrian England, Agensi Maritim dan Pengawal Pantai serta Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan yang timbul daripada satu insiden di medan minyak dan gas Liverpool Bay," kata peguam itu.
Muhammad Shafee berkata, Laidlaw juga terlibat dalam apa yang dianggap sebagai pendakwaan kes penipuan terbesar di UK bagi pihak Kumpulan Allseas yang mengakibatkan individu disabitkan kesalahan kerana penipuan melibatkan EU100 juta.
Sehubungan itu, beliau membuat kesimpulan bahawa pencapaian yang dikatakan oleh pemohon adalah pada tahap yang luar biasa dan melebihi ukuran pencapaian oleh peguam bela dan peguam cara Malaysia.
"Saya benar-benar percaya tidak ada peguam bela dan peguam cara lain di Malaysia yang memiliki kelayakan, pengalaman dan kepakaran yang sama dengan pemohon khususnya bagi tujuan memajukan kes perayu dan membantu Mahkamah Tinggi dalam menentukan isu-isu yang serius, kompleks atau baru. yang akan timbul dalam rayuan itu," kata Muhammad Shafee.
Muhammad Shafee juga meminta mahkamah mempertimbangkan bahawa kepakaran pemohon yang tidak diragui, istimewa dan khusus akan memberi manfaat kepada bukan sahaja pemohon tetapi juga sistem keadilan jenayah Malaysia secara keseluruhan.
Pada 29 April, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan Ogos untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.
Terdahulu pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Mahkamah Persekutuan merupakan rayuan terakhir Najib terhadap sabitan dan hukumannya.- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022
Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja dari UK yang berhasrat mewakili Najib Razak mempunyai kelayakan khas dan pengalaman sedia ada yang tidak dimiliki dalam kalangan peguam di Malaysia, kata Muhammad Shafee Abdullah. - Gambar fail
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Najib akan mohon peguam diraja dari UK untuk rayuan kes SRC
Pelantikan Peguam Diraja itu akan dibuat secara ad-hoc selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah Malaysia.