JOHOR BAHRU: Pejabat PKR Cabang Johor Bahru yang terletak di Larkin Idaman, di sini terbakar, dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat, awal pagi tadi.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran yang menjejaskan 10 peratus bahagian depan pejabat itu.
Katanya kejadian itu mengakibatkan bahagian pintu roller shutter di hadapan pejabat itu rosak teruk selain kesan asap dan debu kelihatan di luar dan dalam bangunan.
"Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berhampiran dan tinjauan di tempat kejadian, dipercayai kebakaran dimulakan dengan lima biji tayar dibakar di hadapan pintu pejabat itu.
"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada jemaah surau dan jiran premis berdekatan telah menarik punca api (tayar yang dibakar) itu untuk mengelakkan kebakaran lebih besar.
"Saya turut menerima ugutan bunuh menerusi mesej di laman sosial pada Khamis dan Jumaat lalu.
"Kejadian ini bukan hanya berbentuk sabotaj kepada saya mahupun Cabang Keadilan Johor Bahru, tapi sebenarnya sudah melibatkan isu nyawa, keselamatan, harta benda termasuk orang awam," katanya ketika ditemui di pejabat berkenaan di sini, hari ini.
Menurut Akmal, dia telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS).
Katanya, ini adalah kejadian kedua berlaku terhadap pejabat berkenaan yang dipercayai akibat perbuatan khianat.
Beliau berkata, kejadian kali pertama berlaku pada 2019 apabila pejabat itu disimbah cat merah, selain terdapat bangkai seekor ayam selain terdapat mesej ugutan.
"Cuma kita tidak boleh buat spekulasi, biar polis buat siasatan, tetapi bagi saya, saya akan terus bercakap mengenai isu rasuah atau salah guna kuasa, malah ini hanya akan beri semangat kepada kami untuk terus bercakap," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan menerima laporan berhubung dua kejadian itu.
Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api atau bahan letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.
"Laporan polis berhubung kes ugutan baharu diterima dan kita akan membuka siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Sun Aug 28 2022
Akmal Nasrullah (kanan) berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran yang menjejaskan 10 peratus bahagian depan pejabat berkenaan. - Gambar/ Astro AWANI
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
Malaysia Berpotensi Jadi Hab Semikonduktor Global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib.. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.
Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT
Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2025/2026 melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac 2025 untuk Fasa Pertama.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump
"Seorang atlet pelajar yang ditetapkan sebagai lelaki semasa lahir tidak dibenarkan bertanding dalam pasukan wanita."
Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.
[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Palestin di peringkat global.
'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel
Ehud Olmert tolak cadangan Donald Trump untuk "mengambil alih" Gaza.
Pejabat terbakar didakwa khianat, Ahli Parlimen JB terima ugutan bunuh
Pejabat PKR Cabang Johor Bahru yang terletak di Larkin Idaman, di sini terbakar, dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat, awal pagi tadi.