KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mencadangkan agar kerajaan negeri mengikut langkah Sarawak menggunakan gelaran Premier bagi jawatan Ketua Menteri.
Sehubungan itu, Presidennya Newmond Tibin menyarankan supaya kerajaan Sabah membawa perkara itu ke Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) pada Mac ini untuk dibincang serta diteliti.
Katanya, Pekadin berpendapat gelaran jawatan Ketua Menteri sebaiknya sama iaitu Premier bagi Sabah dan Sarawak selaras kedudukan kedua-dua negeri itu yang setara.
"Penyelarasan gelaran jawatan Ketua Menteri itu juga wajar kerana mengikut perjanjian asal pembentukan Malaysia 1963 (MA63), wilayah Sabah, Sarawak dan Malaya adalah setara," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Newmond berkata Melaka dan Pulau Pinang yang termasuk dalam wilayah Malaya menerusi MA63, pada masa ini menggunakan gelaran Ketua Menteri.
Pada 15 Feb lepas, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 untuk menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada Premier dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokong.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2023

Presiden Pekadin menyarankan supaya kerajaan Sabah membawa perkara itu ke Persidangan DUN Sabah pada Mac ini untuk dibincang secara teliti. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Musa Aman Ketua Menteri Sabah paling lama, luas pengalaman
Tun Musa Aman yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah merupakan Ketua Menteri Sabah yang paling lama berkhidmat untuk negeri itu.

Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.

Ketua Menteri, Ahli Parlimen Sabah bincang pindaan perlembagaan kewarganegaraan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat pramajlis bersama beberapa Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan Rang Undang-Undang membabitkan kewarganegaraan.

Kerjasama Malaysia, Brunei saling menguntungkan kedua-dua negara - Hajiji
Hajiji berkata rundingan itu juga membolehkan kedua-dua negara meneruskan dan mengukuhkan kerjasama meluas, juga memberi manfaat besar untuk hubungan antara Sabah dan Brunei.

Hampir 1 juta pelancong lawat Sabah dalam lima bulan pertama 2023
Angka berkenaan jelas membuktikan sektor pelancongan di Sabah terus menunjukkan pertumbuhan kukuh untuk tahun ini dan masa-masa akan datang.

Isu air: PM Anwar jumpa MB Kelantan, KM Sabah minggu depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan pertemuan bersama Kementerian Sumber Asli dan Menteri Besar Kelantan bagi membincangkan isu permasalahan air pada minggu depan.

Tahun Baharu Cina bawa semangat keamanan, harmoni dan muhibah di Sabah - Hajiji
Hajiji dalam perutusannya menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Tionghua di Sabah.

Wujudkan Kerajaan Perpaduan di Sabah, senario terbaik selesaikan kemelut - Syahruddin
Langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri Sabah ketika ini adalah dengan mewujudkan sebuah Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan.

Bung beri penjelasan isu pergolakan politik Sabah
Beliau turut memberi gambaran bahawa akan ada pengakhiran apa yang berlaku itu.

Politik Sabah: Kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri terus jadi tumpuan
Pemimpin parti-parti politik masing-masing menyuarakan pandangan berbeza mengenai kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.