KUALA LUMPUR: Pekeliling berhubung pemberian beberapa elaun di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) adalah antara perkara yang perlu dikaji semula oleh kerajaan secepat mungkin, bersesuaian dengan situasi semasa yang dihadapi penjawat awam.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata pemberian elaun seperti Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Elaun Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Bomba di bawah sistem itu ketika ini, dibuat pada kadar yang kecil dan tidak setimpal dengan risiko tugasan yang dihadapi sesetengah penjawat awam.
"Kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (IKTA) pula sudah lama tidak ditingkatkan. Begitu juga Elaun Risiko Penguatkuasa yang pada hari ini kita dapati hanya sebahagian skim perkhidmatan (sektor) sahaja dapat menikmatinya manakala petugas di sektor lain tidak diberikan kemudahan serupa.
"Jadi inilah yang kita maksudkan perlu dibuat kajian menyeluruh agar ia lebih seragam (pemberian elaun), teratur dan saksama kepada seluruh skim yang ada pada perkhidmatan awam," katanya kepada Bernama sebagai mengulas gesaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah pada Khamis.
Mohd Shafiq yang baru dilantik sebagai KPPA pada 10 Feb lepas mahu semua pekeliling perkhidmatan awam sedia ada dikaji semula bagi memastikan sama ada ia masih boleh dilaksanakan dalam perspektif semasa.
Mengulas lanjut, Adnan berkata pihaknya juga berharap kerajaan dapat memantau pelaksanaan beberapa pekeliling yang sedang berkuat kuasa kerana berdasarkan aduan diterima, terdapat sebahagian daripada ketua jabatan atau ketua perkhidmatan tidak mengambil berat atau memandang enteng tentang pelaksanaannya, sebagaimana ditekankan dalam pekeliling.
"Contohnya pekeliling perkhidmatan berkenaan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan, yang perlu dilaksanakan selepas genap tempoh 13 tahun untuk kali pertama dan kali kedua juga 13 tahun tetapi ia tidak diguna pakai secara sistematik.
"Kami di Cuepacs mendapat banyak aduan mengenai ini dan ia telah memberi kesan motivasi yang tidak baik kepada penjawat awam sedangkan pekeliling itu wujud untuk memberi ruang kepada mereka naik pangkat sepanjang dalam tempoh perkhidmatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022
Adnan berkata pemberian elaun seperti Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Elaun Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Bomba di bawah sistem SSM ketika ini, dibuat pada kadar yang kecil dan tidak setimpal dengan risiko. - Gambar fail
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
10 Berita Pilihan - (5 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [5/2/2025] – Siasatan Op Sky | Trump mahu Gaza | Pemulihan populasi Harimau Malaya | Laluan haram disekat
- Trump rancang ambil alih Gaza, paksa warga Palestin pindah negara luar
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
#AWANI Tonight 5 Feb 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.