SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada pukul 11.44 pagi daripada orang awam yang memaklumkan terjumpa satu mayat lelaki terapung dalam tangki berkenaan.
Beliau berkata, pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati tangan sebelah kanan dari paras siku dan kepalanya terputus.
“Pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Forensik Selangor juga mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh yang boleh menyebabkan kematian mangsa.
“Mangsa dipercayai terjatuh sendiri ke dalam tangki bancuhan simen dan terkena bilah pembancuh,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mohd Iqbal memberitahu, identiti mangsa yang berusia 50-an itu dikenal pasti waris melalui pengecaman tatu pada lengan sebelah kiri.
Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai sebagai kematian mengejut (SDR).
Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mayat lelaki berjaya dikeluarkan dari dasar tangki berkeluasan tiga meter tersebut pada pukul 4 petang.
Katanya, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Andalas bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.
Umavathi Ramayah
Wed Apr 17 2024
![Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713363629_TBmati.jpg)
Ahmad Mukhlis berkata, mayat lelaki berjaya dikeluarkan dari dasar tangki berkeluasan tiga meter tersebut pada pukul 4 petang. - Gambar Bomba Selangor
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734250737_Lelakimautkeretat.jpg)
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
![Lelaki maut dihempap pokok balak Lelaki maut dihempap pokok balak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731383018_Lelakimautdihempap.jpg)
Lelaki maut dihempap pokok balak
Seorang lelaki warga Indonesia maut dihempap sebatang pokok balak di kawasan pembalakan Kampung Hulu Paka di sini pada Isnin.
![Lelaki maut, kereta terbakar selepas kemalangan Lelaki maut, kereta terbakar selepas kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729399657_tbkemalanganPantai.jpg)
Lelaki maut, kereta terbakar selepas kemalangan
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 14.9 Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala Pantai Dalam di sini pada Ahad.
![Lelaki dibaham harimau: Isteri dengar bunyi teriakan dan seretan ke arah hutan Lelaki dibaham harimau: Isteri dengar bunyi teriakan dan seretan ke arah hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729085185_AdnanIsmail.jpg)
Lelaki dibaham harimau: Isteri dengar bunyi teriakan dan seretan ke arah hutan
Anak mangsa turut meminta orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan tidak sahih dan tidak benar berkaitan kejadian yang menimpa ayahnya.
![Lelaki maut kemalangan babit 10 kenderaan Lelaki maut kemalangan babit 10 kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726656062_JBPM.jpg)
Lelaki maut kemalangan babit 10 kenderaan
Seorang lelaki maut manakala tiga cedera termasuk seorang wanita parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan di Seremban.
![Seorang maut, tiga cedera lori terbalik masuk longkang Seorang maut, tiga cedera lori terbalik masuk longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725416748_mautloriterbalik.jpg)
Seorang maut, tiga cedera lori terbalik masuk longkang
Kemalangan itu membabitkan lori yang dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam longkang.
![Sempat mohon maaf pada ibu, lelaki maut terjatuh perigi Sempat mohon maaf pada ibu, lelaki maut terjatuh perigi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724560677_perigi.jpg)
Sempat mohon maaf pada ibu, lelaki maut terjatuh perigi
Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam perigi dianggar sedalam hampir lima meter berdekatan rumahnya di Kampung Nesa, Skudai..
![Cubaan curi kabel gagal, lelaki maut jatuh dari tingkat 23 Cubaan curi kabel gagal, lelaki maut jatuh dari tingkat 23](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646405197_TBINDIARAPE.jpg)
Cubaan curi kabel gagal, lelaki maut jatuh dari tingkat 23
Suspek berusia 29 tahun yang maut juga dikesan mempunyai 10 rekod jenayah lampau.
![Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703149595_TBschipholjpg.jpg)
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
![Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713363629_TBmati.jpg)
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen
Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.