Seorang pekerja pelantar minyak didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan merogol anak saudaranya yang berusia 15 tahun.
Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 38 tahun itu mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Dungun pada 29 Februari lalu kira-kira pukul 8.15 pagi.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebat tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Selain itu, mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri dua kali setiap sebulan di Balai Polis Paka serta tidak boleh menganggu mangsa.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah.
Astro Awani
Tue Mar 10 2020

Tertuduh yang berusia 38 tahun itu mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bakteria pada sampel kerang terdampar di Pantai Sura melebihi piawaian
Hasil analisis terhadap sampel kerang yang terdampar di Pantai Sura di Dungun menunjukkan tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) melebihi piawaian yang ditetapkan.

Kelindan maut, lori makanan ringan rempuh kren
Mohammad Hairi Ismail, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori, Mohamad Azwan Mohd Hishammudin, 30, cedera ringan.

Mayat hampir reput ditemui dalam belukar di Dungun
Mayat tanpa identiti itu dijumpai seorang penduduk ketika sedang mencari kayu di kawasan berkenaan pada kira-kira jam 3.20 petang.

Isteri cedera ditetak selepas minta cerai
Seorang buruh bertindak menetak isterinya menggunakan parang dipercayai selepas mangsa meminta cerai dalam kejadian di Dungun.

Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di 18 kawasan di Terengganu
TNB membuat penutupan bekalan elektrik di 18 kawasan membabitkan tiga daerah di Terengganu setakat 10 pagi tadi berikutan keadaan hujan dan banjir.

Kali pertama dilanda banjir selepas 40 tahun
Hujan lebat berterusan sejak Sabtu menyebabkan penduduk di gugusan Felda Kerteh di sini berdepan bencana banjir luar jangka yang disifatkan sebagai pertama kali berlaku dalam tempoh 40 tahun.

Hujan berterusan tahap bahaya dijangka di Terengganu hingga esok - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Terengganu bermula hari ini hingga esok.

Kanak-kanak 2 tahun ikut bapa memancing ditemui lemas
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui lemas di sebuah kolam memancing di Bandar Bukit Besi, Dungun pada Sabtu.

Tukang rumah didakwa bunuh isteri
Mengikut pertuduhan, Mohd Amir didakwa telah menyebabkan kematian isterinya, Rubiah Sabtu, 41 tahun.

Tukang rumah direman, bantu siasatan bunuh isteri dengan tukul besi
Seorang tukang rumah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes membunuh isterinya menggunakan tukul besi.