ISKANDAR PUTERI: Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini terus mengukuhkan kedudukan sebagai satu daripada 15 pelabuhan tersibuk di dunia apabila merekodkan pencapaian baharu menjadi terminal kontena pertama Malaysia melepasi jumlah kendalian kontena melebihi 11 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU), tahun lalu.
Rekod kendalian itu dicapai ketika proses kendalian kontena di kapal Maersk Amazon, kira-kira jam 10 pagi, 25 Disember 2021.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, PTP mencatatkan jumlah kendalian sebanyak 11.2 juta TEU pada akhir 2021 dengan nilai pertumbuhan 14 peratus berbanding 9.8 juta TEU pada 2020.
Katanya lagi, pencapaian itu merupakan kejayaan terbesar dicatatkan PTP dan sesuatu yang amat membanggakan.
“Walaupun dalam keadaan kita bersaing dengan pelabuhan kedua besar di dunia tetapi PTP tunjuk kelebihannya dari beberapa sudut dan inilah daya tarikan kepada shipping line antarabangsa.
“Sebab itulah kita datang ke sini kita meraikan kejayaan ini dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Johor kerana banyak bantu PTP selesaikan masalah dan mempermudahkan, selesaikan urusan PTP,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis meraikan pencapaian PTP itu di Terminal PTP di sini pada Jumaat.
Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen.
Wee Ka Siong berkata, pertumbuhan PTP yang luar biasa selama ini jelas menunjukkan nilai tambah sektor maritim kepada kesejahteraan ekonomi Malaysia serta kepentingan ekonomi perdagangan kepada negara.
PTP mempunyai rekod prestasi yang cemerlang bukan sahaja dalam industri maritim dan logistik tempatan, tetapi juga kejayaannya dalam membangunkan masyarakat sekitar khususnya di kawasan Gelang Patah.
Astro Awani
Fri Jan 07 2022
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (kanan) bersama Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad ketika mengadakan lawatan kerja di Terminal PTP Gelang Patah hari ini. - Foto BERNAMA
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Malaysia mahu tingkatkan Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas jadi hab perdagangan serantau
Pada 2025, Malaysia akan meneruskan dan mengembangkan projek-projek infrastruktur transformatif yang direka untuk meningkatkan kedudukan global negara.
Pelabuhan Tanjung Pelepas terminal kontena pertama Malaysia kendali lebih 12 juta TEU
Pelabuhan Tajung Pelepas (PTP) menjadi terminal kontena pertama di Malaysia mengendalikan lebih 12.25 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam tempoh satu tahun pada 2024.
Mayat pekerja kapal jatuh laut ditemui
Mayat lelaki warganegara Bangladesh, Miah Md Ujjal, 35, ditemukan oleh kakitangan PTP pada jam 6.32 petang.
Kru kapal dikhuatiri lemas selepas jatuh laut
Seorang kru kapal warga Bangladesh dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, semalam.
Maersk nyatakan hasrat melabur di Pelabuhan Tanjung Pelepas - MB Johor
Kerajaan negeri yakin pelaburan Maersk di PTP mampu menarik lebih ramai pelabur dan memangkin ekonomi Johor ke tahap lebih cemerlang.
Kastam Johor rampas rokok seludup RM10 juta di Pelabuhan Tanjung Pelepas
JKDM Johor merampas rokok putih bernilai RM10 juta, dipercayai diseludup dari China di Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Axis-REIT buat pembelian terbesar dengan pengambilalihan gudang PTP pada harga RM390 juta
Sebaik selesai, dijangka pertengahan 2022, hartanah itu akan dipajak semula kepada EPSB untuk tempoh tetap 10 tahun.
Pelabuhan Klang, PTP catat pencapaian terbaik pada 2021 - Wee
Bagi Pelabuhan Klang, prestasi itu merupakan pencapaian terbaik sepanjang tempoh penubuhannya, meskipun terkesan akibat banjir besar yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor pada akhir 2021.
Pelabuhan Tanjung Pelepas rekod pencapaian baharu, satu daripada 15 pelabuhan tersibuk dunia
Rekod kendalian itu dicapai ketika proses kendalian kontena di kapal Maersk Amazon, kira-kira jam 10 pagi, 25 Disember 2021.
Polis, kastam pintas penghantaran dadah RM14.33 juta di Pelabuhan Tanjung Pelepas
Polis merampas dadah bernilai kira-kira RM14.33 juta di dalam sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Iskandar Puteri pada Sabtu.