DUNGUN: Kemasukan pelaburan asing yang besar seperti syarikat teknologi dan kenderaan elektrik (EV) Tesla Inc membuktikan bahawa negara di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan adalah stabil serta kukuh.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelabur asing memilih Malaysia sebagai lokasi pelaburan bukan kerana nama beliau sebaliknya kerana kestabilan kerajaan yang berjaya diwujudkan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
"... bila kita (Kerajaan Perpaduan) perintah dan jadi kerajaan stabil, apa yang berlaku? Elon Musk minta nak bercakap dengan saya, Perdana Menteri Malaysia.
"Bukan kerana saya tapi kerana kerajaan ini yang stabil... kebijaksanaan PH dan BN yang memilih untuk bekerjasama demi Kerajaan Perpaduan," katanya ketika berucap pada program Sentuhan Kasih Desa Terengganu di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini hari ini.
Pada 14 Julai lepas, Anwar berkata Musk, pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan SpaceX, bersetuju untuk melabur secara besar-besaran di Malaysia termasuk membuka ibu pejabat Tesla Inc di Cyberjaya, Selangor.
Berkongsi perkembangan terkini berhubung pelaburan Tesla, Perdana Menteri berkata ibu pejabat syarikat teknologi dan kenderaan elektrik di Cyberjaya itu dijangka dirasmikan pada September atau Oktober tahun ini.
Katanya pihak Tesla juga telah menjemput dan meminta beliau merasmikan pejabat itu menerusi pertemuan dengan Ketua Pengurus syarikat tersebut minggu lepas.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata selain Tesla, syarikat automotif terkenal dunia Geely Global juga bakal membina kota pembangunan kenderaan terbesar di rantau Asia Tenggara di Tanjung Malim, Perak.
Beliau berkata pelaburan besar itu sekali gus akan membuka dan menambah peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia khususnya golongan belia.
"Dia (Geely Global) rancang dah 10 tahun (buka kota automotif) tapi dia tunggu kerajaan stabil (Kerajaan Perpaduan).
"Saya akan pastikan golongan belia, khususnya anak muda dari Terengganu yang layak, akan dibawa ke Tanjung Malim untuk menjayakan projek ini," katanya.
Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyampaikan replika cek bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Negeri Terengganu yang melibatkan dana RM12,570,000 dan Program Peningkatan Pendapatan bernilai RM797,250 kepada wakil penerima.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Datuk Seri Ahmad Said serta beberapa menteri Kabinet.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
Anwar berkata pelabur asing memilih Malaysia sebagai lokasi pelaburan bukan kerana nama beliau sebaliknya kerana kestabilan kerajaan yang berjaya diwujudkan antara PH dan BN. - Gambar Bernama
‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual
Beberapa jurujual menyifatkan insiden tembak di Setia City Mall, Setia Alam malam tadi satu kejadian yang tidak dapat dilupakan.
LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS).
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
HLB unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.5-5.0 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing.
Pejabat AI Kebangsaan mampu pacu integrasi, lonjak ekonomi digital - Pakar
NAIO dapat menyokong pertumbuhan syarikat pemula niaga AI selain menggalakkan pelaburan asing.
Galakan pendapatan pelaburan asing dibawa balik tidak libat jual aset di luar negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata justeru itu syarikat GLC dan GLIC akan terus dapat mengekalkan strategi pelaburan mereka di luar negara.
Industri permainan video Malaysia dijangka raih peningkatan pelaburan dari Jepun
MDEC menjelaskan ini didorong oleh kos perniagaan yang rendah, kumpulan bakat mahir, rangkaian studio Malaysia yang mantap dan sokongan kukuh daripada kerajaan.
Malaysia lebih selektif pilih pelaburan asing demi manfaat negara - PM Anwar
Malaysia kini lebih fokus kepada projek-projek yang memberi manfaat besar kepada negara, terutamanya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi data.
ASEAN sasar tingkatkan pelaburan asing
Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN bincang isu-isu utama dengan matlamat menjadikan ASEAN destinasi pelaburan asing yang lebih menarik.
Malaysia di landasan jadi 'Harimau Asia', tarik pelaburan asing - Nga
Kestabilan politik adalah teras bagi menarik pelaburan dan kerajaan telah beri panduan jelas melalui beberapa pelan tindakan strategik.
GG56 Korea labur AS$1 bilion di Forest City bangunkan Bandar Budaya Korea pertama di Malaysia
GG56 Korea Ltd, firma pelaburan Korea akan melabur AS$1 bilion (AS$1=RM4.37) di Forest City untuk membangunkan Bandar Budaya Korea yang pertama di Malaysia.
Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan
Ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia berbanding dolar US sejak pelaksanaan tindakan bersepadu oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 26 Februari 2024.
Malaysia catat peningkatan, luluskan pelaburan RM83.7 bilion suku pertama 2024
Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM83.7 bilion merentasi pelbagai sektor bagi tempoh Januari hingga Mac 2024.