Kerajaan bersetuju menawarkan lima peratus tempat untuk kursus perubatan, pergigian dan farmasi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada pelajar asing mulai pengambilan tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan liberalisasi sistem pendidikan tinggi dan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan.
Menurutnya, setiap universiti awam yang menawarkan tiga kursus pengajian tersebut boleh menawarkan lima peratus tempat, dan pelajar luar perlu membayar yuran pengajian mengikut harga pasaran, tidak seperti pelajar tempatan yang menerima subsidi.
"Bilangan doktor di negara kita lebih daripada mencukupi. IPTA akan mendapat faedah daripada keputusan ini, termasuk interaksi pelajar kita dengan pelajar asing," katanya pada sidang media di akhir lawatan enam hari beliau ke India yang bermula 30 Mac di Chennai.
Najib berkata langkah ini bertujuan menggalakkan pelajar asing memilih universiti awam sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran dalam ketiga-tiga kursus itu dan pada masa yang dapat menambah dana atau pendapatan setiap universiti.
Perdana Menteri memberitahu demikian sebagai menjelaskan isu liberasisasi sistem pendidikan yang diumumkan pada sidang media bersama rakan sejawatnya Narendra Modi pada Sabtu, yang antara lain memberi tempat kepada pelajar asing untuk mengikuti tiga kursus tersebut.
Sementara itu, ketika merasmikan Kompleks Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, Najib berkata pembinaannya dan kemudahan yang disediakan jelas menunjukkan Malaysia bukanlah sebuah "Negara Gagal' seperti didakwa setengah pihak.
"Ini boleh dikatakan pejabat kedutaaan Malaysia terbaik di luar negara setakat ini. Kerajaan beri segala kemudahan kepada pegawai dan keluarga mereka di luar negara untuk menjalankan tugas dengan baik demi kepentingan negara dan menjaga imej negara," katanya.
Beliau memberi contoh cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dipolemik dan dipolitikkan di Malaysia, sedangkan India bakal melaksanakannya pada Julai ini dengan kadar bagi empat peringkat iaitu antara lima hingga 28 peratus.
"Kita laksana secara ringan dengan ribuan pengecualian kerana kita tidak mahu bebankan rakyat.
"Modi berani buat pembaharuan demi kepentingan negara...apabila anda menguruskan negara, anda perlu berani...jangan risau kritikan," katanya yang yakin pihak pembangkang tidak mampu mentadbir negara dengan baik jika mereka berkuasa.
"Pengalaman Modi jadi iktibar kepada kita untuk bergerak ke hadapan," tambah Najib yang mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya itu di sini, Sabtu lepas. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan liberalisasi sistem pendidikan tinggi dan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Senarai perkhidmatan tertakluk kepada peluasan skop SST diumumkan awal tahun depan
Senarai perkhidmatan yang tertaluk kepada peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diumumkan awal tahun depan sebelum dilaksanakan mulai 1 Mei, 2025.

JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

FBM KLCI ditutup tinggi berikutan belian dalam saham terpilih
Indeks Utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pembelian sederhana dalam produk dan perkhidmatan pengguna.

Belanjawan 2025 dijangka perluas asas cukai seperti cukai gula, HVGT, GloBE - Ahli ekonomi
Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

GST hanya akan dilaksanakan sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000 - PM Anwar
Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000.

PM Anwar nafi kerajaan bincang laksana semula GST
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.

Kerajaan tidak bincang perkenal GST ganti pemotongan subsidi RON95 - Fahmi
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan GST sebagai alternatif untuk menghapuskan subsidi petrol RON95.
![[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan [LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/61491288728_SingaporeMerlion.jpg)
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.

Kerajaan ambil langkah pelbagaikan dan tingkatkan sumber pendapatan negara - Lim
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara, antaranya menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.