Pelajar yang pulang dari luar negara tetapi tidak mampu membayar kos kuarantin wajib serta berasal daripada keluarga B40 akan dikecualikan daripada membayar kos tersebut, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelasnya, perkara itu diputuskan Mesyuarat Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas terdapat isu pelajar luar negara terpaksa menunggu lama sebelum dimasukkan ke pusat kuarantin baru baru ini.
"Semalam terdapat laporan pelajar dari Yaman tidak berkemampuan membayar kos kuarantin. Sebenarnya kita telah memutuskan untuk pelajar ada tiga kategori, pertama pelajar berkemampuan mereka boleh bayar sendiri, kedua ialah pelajar yang ditaja mendapat pinjaman biasiswa dan mereka ini perlu dibayar oleh penaja.
"Ketiga, pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah B40. Kita memutuskan pelajar B40 boleh dikecualikan dengan syarat mereka buat rayuan sewaktu memasuki pusat kuarantin tersebut. Kena buat rayuan kepada petugas Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di pusat kuarantin," katanya dalam sidang media harian Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Isnin.
Beliau berkata, mereka yang telah tiba di negara ini boleh membuat rayuan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) manakala yang bakal tiba pula akan dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA) untuk menjalani kuarantin wajib tersebut.
Fareez Azman
Mon Aug 03 2020
![Pelajar B40 pulang dari luar negara dikecualikan bayar kos kuarantin - Ismail Sabri Pelajar B40 pulang dari luar negara dikecualikan bayar kos kuarantin - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81595314997_IsmailSabri.jpg)
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara itu dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin. Gambar: Fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Food bank beri manfaat besar kepada B40, pedalaman - Saifuddin Nasution Food bank beri manfaat besar kepada B40, pedalaman - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739102589_SaifuddinNasutionI.jpg)
Food bank beri manfaat besar kepada B40, pedalaman - Saifuddin Nasution
Inisiatif Yayasan Food Bank Malaysia telah memberi manfaat besar kepada golongan B40 termasuk penduduk pedalaman Orang Asli di Taman Negara, Kuala Tahan.
![KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737384327_KPKTTanahMerah.jpg)
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
![PLKK buka peluang pelajar B40 terokai kemahiran dan teknologi PLKK buka peluang pelajar B40 terokai kemahiran dan teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735765470_KEDA.jpg)
PLKK buka peluang pelajar B40 terokai kemahiran dan teknologi
Program itu selaras dengan objektif untuk menyediakan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan peluang pelajar menembusi pasaran pekerjaan.
![Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40 Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734169333_OnnHafizGhazi.jpg)
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
![Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731419557_AmirHamzahAzizan.jpg)
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
![Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729249870_PPRSungaiBonus.jpg)
Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.
![Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649207524_TBGAMUDA.jpg)
Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.
![Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716635005_TBDiesel.jpg)
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
![Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715752619_tbjenayahseksualte.jpg)
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
![Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709804842_TBKalsomNordinj.jpg)
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.