IPOH: Polis sedang menyiasat kes buli membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang dibuli oleh dua pelajar senior di sebuah sekolah menengah di daerah Kerian.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pada Isnin, pihaknya mengesan video berdurasi 1 minit 21 saat yang memaparkan seorang pelajar perempuan dibuli.
Ujarnya, siasatan mendapati kejadian sebenar telah berlaku pada 14 Jun kira-kira jam 10.30 pagi di mana mangsa dibuli oleh dua pelajar perempuan yang berusia 15 tahun di sekolah sama.
"Salah seorang suspek membawa mangsa ke dalam tandas sekolah berkenaan.
"Setibanya mangsa di situ,suspek bersama seorang lagi pelajar telah menampar mangsa berulang kali dan merakam video kejadian tersebut.
"Kejadian dipercayai berpunca dari sikap cemburu suspek kepada mangsa yang dikatakan rapat dengan teman lelakinya yang juga berusia 15 tahun dan bersekolah di sekolah menengah sama," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohd Yusri berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa hari ini dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, kes tersebut masih dalam siasatan.
Justeru katanya, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Orang ramai juga boleh menghubungi balai polis terdekat atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7212222 sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.
Aida Aziz
Tue Jun 25 2024

Pihak polis mengesan video berdurasi 1 minit 21 saat yang memaparkan seorang pelajar perempuan dibuli. - Foto ihsan pembaca
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Pelajar ditampar senior, cemburu rapat dengan teman lelaki dipercayai punca
Polis sedang menyiasat kes buli membabitkan seorang pelajar perempuan yang dibuli oleh dua pelajar senior di sebuah sekolah Kerian.

Murid ditampar: Polis akan rakam keterangan guru, beberapa individu
Polis akan merakam keterangan seorang guru dan beberapa individu lain bagi siasatan lanjut berkaitan dakwaan seorang murid yang ditampar.

Lima lelaki ditahan pukul pelajar
Kejadian dipercayai berlaku ekoran rasa tidak puas hati, kerana suspek beranggapan bahawa mangsa telah mengejek adik saudaranya.