LARUT: Hanya kerana ingin mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di kawasan yang mempunyai capaian Internet yang baik, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Hussein cedera parah setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Jumaat lepas.
Siti A'isyah Mohd Idris, 17, sedang menunggang motosikalnya di Jalan Rantau Panjang - Selama untuk mengikuti PdPR secara dalam talian di rumah bapa saudaranya di Taman Permai 2, Selama sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis BMW di jalan itu kira-kira 9.45 pagi.
Ekoran kejadian tersebut, pelajar itu mengalami kecederaan parah termasuk patah pada bahagian paha kiri, cedera pada tulang rahang mulut sehinggakan terpaksa menerima jahitan dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping dan dalam keadaan stabil.
Kisah malang itu diceritakan kakaknya, Siti Nurzulfa Mohd Idris, 22, sewaktu ditemui Bernama di rumah mereka hari ini.
"Oleh kerana capaian Internet yang lemah di rumah di Kampung Baru Batu 3 menyebabkan adik saya terpaksa berulang-alik setiap hari ke rumah bapa saudara yang terletak hampir tujuh kilometer di Pekan Selama," katanya.
Sebelum ini, Siti Nurzulfa membuat hantaran sehingga tular dalam media sosial mengenai kisah Siti Aisyah sehingga mendapat perhatian netizen yang simpati dengan nasib menimpa pelajar harapan aliran Sains di sekolah itu.
Siti Nurzulfa yang merupakan mahasiswi tahun akhir pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata kebanyakan rumah di sini sering menghadapi capaian Internet yang lemah sejak bertahun lamanya.
Katanya, keadaan ini menyukarkan murid sekolah kebangsaan dan menengah di sini untuk mengikut PdPR malah beliau juga telah beberapa kali menghantar aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) namun masih tidak mendapat tindakan sewajarnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama Mohd Akmal Kamarudin ketika ditemui berkata sebanyak 10 pencawang akan dinaik taraf menerusi Program Jendela bagi tempoh 2021 hingga 2022 di Selama bagi mengatasi masalah capaian liputan Internet dan telekomunikasi yang lemah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 20 2021

Pelajar itu mengalami kecederaan parah termasuk patah pada bahagian paha kiri, cedera pada tulang rahang mulut sehinggakan terpaksa menerima jahitan dan kini dirawat di ICU. - Gambar hiasan
Perkembangan sidang media prestasi kewangan PETRONAS
Lintas langsung bersama Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad bagi memperincikan sidang media pengumuman prestasi kewangan Kumpulan Petronas.
PETRONAS catat keuntungan bersih RM55.1 bilion, turun 32 peratus
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

116 pelatih PLKN 3.0 berjaya tamat latihan hari ini, modul latihan diterima baik - Adly
Sebanyak 116 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri pertama berjaya menamatkan latihan selama 45 hari hari ini.
Pengurangan cukai antara langkah sokong PMKS - Abdul Rahman
Pengurangan cukai antara sokongan atau insentif yang diberikan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri semasa tempoh peralihan apabila gaji minimum baharu dilaksanakan.
16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang kerana disyaki terlibat merasuah penguat kuasa dalam memproses dan melupus sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang tidak dibenarkan.
Kanak-kanak baru boleh berjalan hilang, dipercayai dihanyut arus sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang baru boleh berjalan hilang dipercayai dihanyutkan arus sungai.

Selangor wujud garis panduan amalan tarekat tahun ini - Exco Agama
Kerajaan Selangor akan mewujudkan garis panduan amalan tarekat bagi mengekang amalan yang bertentangan dengan akidah.

HUAWEI MATE XT Ultimate Design dilancarkan di Malaysia, tawar teknologi tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

2 pelajar universiti lakukan hubungan sejenis dihukum sebat secara terbuka di Aceh
Sebuah mahkamah di wilayah Aceh pada Isnin menjatuhi hukuman sebat secara terbuka ke atas dua lelaki selepas mereka mengaku bersalah melakukan hubungan sejenis, kata seorang pegawai.

Penolong jurutera kanan didakwa terima RM270,400 berkaitan kerja rasminya
Seorang penolong jurutera kanan sebuah agensi kerajaan didakwa menerima wang berjumlah RM270,400 yang berkaitan dengan kerja rasminya.

Pelajar kemalangan cari Internet: MCMC arah syarikat telekomunikasi sediakan liputan lebih baik
MCMC mengarahkan syarikat telekomunikasi melaksanakan pengoptimuman pemancar yang berhampiran dengan Kampung Baru Batu Tiga, Perak, bagi memastikan liputan lebih baik di kawasan berkenaan.

Pelajar kemalangan ketika cari capaian Internet untuk PdPR
Pelajar itu mengalami kecederaan parah termasuk patah pada bahagian paha kiri, cedera pada tulang rahang mulut sehinggakan terpaksa menerima jahitan dan kini dirawat di ICU.