MARANG: Seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di sini, meninggal dunia ketika sedang menjalani latihan merentas desa pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris berkata dalam kejadian pada 8.34 pagi itu, pelajar tersebut, Aman Basri Muhd Rohaizi, 16, dikatakan terjatuh ketika sedang berlari dan pengsan.
"Berdasarkan temu bual bersama beberapa saksi pelajar sekolah yang sama, mereka telah cuba memberi bantuan pernafasan namun keadaan mangsa semakin lemah.
"Guru yang bertugas telah membawa mangsa ke klinik Pengkalan Berangan untuk menerima rawatan namun doktor memaklumkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata terdapat luka di bahagian atas kening sebelah kanan, calar di bawah dagu sebelah kiri dan calar di belakang tangan sebelah kiri yang dipercayai berlaku semasa mangsa terjatuh.
"Bapa mangsa telah membuat laporan polis dan menolak proses bedah siasat dilakukan kerana berpuas hati atas sebab kematian. Beliau juga menyatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya terjadi perkara berbangkit pada masa akan datang," katanya.
Hasil pemeriksaan pada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022

Seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di sini, meninggal dunia ketika sedang menjalani latihan merentas desa pagi tadi. - Gambar haisan
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.

Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.

Dua pelajar maut, motosikal ditunggang bertembung
Dalam kejadian 3.20 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Murid langgar polis dikenakan bon berkelakuan baik, lesen digantung 5 tahun
Kesalahan dilakukan pada 28 Julai lalu di Kilometer 36 arah Selatan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) ketika pelajar tersebut menunggang motosikal secara melawan arus.

Guru berdepan empat tuduhan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelakinya yang berusia 14 tahun.

Penjual ais lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki dipenjara dua tahun
Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hadis Hashim, 38, serta memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula tarikh tangkap pada 4 April lepas.

Polis siasat kes pelajar dibuli senior di sekolah berasrama
Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian buli membabitkan pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar.

Tular pelajar tahun akhir rosakkan peralatan sekolah
Kumpulan pelajar terbabit didapati merosakkan peralatan sekolah seperti kerusi, kipas, pintu tandas malah melakukan vandalisme.

Remaja maut, motosikal langgar kerbau
Pelajar lelaki berusia 16 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Pelajar lelaki meninggal dunia ketika merentas desa di Terengganu
Seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di sini, meninggal dunia ketika sedang menjalani latihan merentas desa pagi tadi.

Guru didakwa atas 32 tuduhan seks luar tabii, amang seksual
Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan atas 32 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki.