JELI: Kegembiraan tiga rakan mandi-manda di Lata Guling, Sungai Rual, dekat sini hari ini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas.
Lebih memilukan, kejadian berlaku ketika Nor Aina Mohd Nasir, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli mahu menyelamatkan seorang rakannya yang tergelincir.
Ketua Polis Daerah Jeli Supt Ahmad Ariffin berkata Nor Aina yang berasal dari Kampung Pasir Dusun bersama dua rakannya itu telah ke tempat kejadian untuk mandi pada 2.30 petang.
"Kira-kira 3.05 petang, rakan Nor Aina iaitu Rosmaidayu Mohd Rasyid, 17, yang turun untuk mandi di lata itu telah tergelincir. Melihat keadaan itu, Nor Aina cuba menyelamatkan Rosmaidayu namun dia turut dihanyutkan air dan tenggelam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad berkata Rosmaidayu berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung namun Nor Aina gagal ditemukan.
"Pada 3.35 petang, mangsa dijumpai abang kandungnya selepas melakukan selaman di kawasan kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Kegembiraan tiga rakan mandi-manda di Lata Guling, Sungai Rual, hari ini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas. - Foto Sinar Harian

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Dua pelajar dikhuatiri lemas ketika cuba mengambil bola dalam Sungai Perak
Kedua-dua mangsa berusia 16 tahun, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muhammad Shah, Parit.

Bot terbalik, pelajar Tahun Satu dikhuatiri lemas
Mangsa bersama keluarga menaiki bot terbabit dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang.

Perkelahan berakhir tragedi, dua pelajar UniKL lemas ketika beriadah
Perkelahan tujuh pelajar Universiti Kuala Lumpur di sini berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas ketika bermandi di situ, tengah hari Jumaat.

Pelajar lemas cuba selamatkan rakan tergelincir di Lata Guling
Kegembiraan tiga rakan mandi-manda di Lata Guling, Sungai Rual, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas.

Pelajar lemas di Air Terjun Sungai Chiling
Remaja berusia 17 tahun meninggal dunia akibat lemas di Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor, pada Selasa.

Pelajar tingkatan empat ditemui lemas selepas terlibat kemalangan
Seorang pelajar tingkatan empat ditemui lemas dalam parit selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas di Ladang Tualang Tumbuh, dekat sini, pada Isnin.

'Saya selalu pesan jauhi kawasan sungai' - Ibu mangsa lemas
Luahan itu disuarakan Hazilawati Abdul Hamid, 39, selepas mengetahui anak kedua dari empat beradik itu ditemukan lemas pagi tadi.

Pelajar MRSM mati lemas
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat MRSM Bakri mati lemas akibat terjatuh ke dalam kolam renang sekolah.