Pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pengajian di luar negara termasuk yang baru menerima tawaran atau ingin mengambil peperiksaan, dibenarkan keluar negara tanpa perlu memohon kebenaran awal Jabatan Imigresen (JIM).
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, mereka adalah antara kategori rakyat Malaysia dibenarkan ke luar negara, tanpa kebenaran awal daripada JIM mulai 24 Jun.
"Mereka perlu menunjukkan pas pelajar atau visa atau pas jangka panjang atau surat tawaran atau surat arahan mengambil peperiksaan, serta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan kepada pegawai Imigresen di pintu masuk," katanya.
Kebenaran sama turut diberikan kepada warganegara Malaysia yang pulang ke Malaysia ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ingin keluar negara bagi yang bermastautin dengan taraf Penduduk Tetap atau memiliki Pas Jangka Panjang atau bekerja di luar negara, katanya.
"Dokumen pembuktian seperti permit kerja atau dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dikemukakan semasa berurusan di kaunter Imigresen, di pintu keluar negara.
"Bagi warganegara Malaysia yang mempunyai keperluan ke luar negara bagi tujuan seperti menghadiri mesyuarat, seminar, pameran, serta urusan kecemasan dan perniagaan, mereka masih perlu mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah Imigresen untuk kelulusan," katanya.
Khairul Dzaimee berkata, pemohon perlu menghantar surat permohonan berserta salinan pasport dan lain-lain dokumen sokongan melalui e-mel ke [email protected].
Dalam pada itu, kategori warga asing yang dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon kebenaran daripada JIM adalah:
i) Pemastautin Tetap (PR) Malaysia
ii) Diplomat
iii) Suami / Isteri / Anak kepada warganegara Malaysia yang mempunyai Pas Lawatan Jangka Panjang (Suami/Isteri/Anak)
iv) Pas Penggajian (Kategori I)
v) Pas Residen - Talent (RPT)
vi) Pas Tanggungan kepada Pas Penggajian (Kategori I) dan Pas Residen - Talent
vii) Pembantu Rumah Asing kepada Pas Penggajian (Kategori I) dan Pas Residen - Talent
Khairul Dzaimee berkata, kebenaran itu diberikan tertakluk kepada status pas yang masih sah tempoh.
Warga asing selain daripada kategori yang dinyatakan perlu menghantar surat permohonan berserta salinan pasport dan lain-lain dokumen sokongan melalui emel ke [email protected], katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 26 2020

Golongan yang diberi kebenaran keluar negara tanpa kebenaran awal boleh berbuat demikian bermula 24 Jun. Gambar fail/ Bernama

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

Pegawai imigresen KLIA 'ditangkap' selit 12 pasport di pinggang
JIM menemui 12 keping pasport asing pada badan seorang pegawai JIM di Pejabat Operasi Terminal 2 KLIA pada 1 Januari lalu.

Pasukan inspektorat Imigresen periksa bazar Ramadan pastikan tiada peniaga pindah lesen
Pasukan itu akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh di bazar seluruh negara bagi mengekang aktiviti berkenaan.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.

Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.

Trump kerah 1,500 tentera ke sempadan AS-Mexico
Presiden Donald Trump pada Rabu mengarahkan pergerakan 1,500 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico (AS-Mexico) selepas menandatangani perintah eksekutif baharu yang melarang kemasukan ap

Imigresen tahan 13 gadis pelayan, dua tukang masak asing
Sebanyak 13 gadis pelayan dan dua tukang masak lelaki asing ditahan dalam serbuan yang dijalankan di premis kafe hiburan di sekitar Batu Berendam di sini malam tadi.