KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar, Mesir sanggup membelanjakan hampir RM20,000 wang simpanannya bagi mendapatkan 200 kitab turath atau kitab tradisi ilmu Islam karangan ulama alam Melayu dari sekitar 1920-an hingga 1960-an.
Muhammad Nur Hadi Sallehuddin, 24, pelajar tahun akhir pengajian Usuluddin mula mengumpul khazanah berharga tersebut bermula awal 2020 yang kebanyakannya dicetak Mustafa al-Halabi, antara syarikat percetakan dan penjualan buku tertua di negara Timur Tengah itu.
Katanya kitab yang sukar diperolehi itu sebahagian besar ditulis dalam tulisan Jawi dan Aceh merangkumi pelbagai disiplin ilmu Islam antaranya sejarah, tafsir, tajwid, fiqah, tasawuf, hadis, akidah dan kamus Arab-Jawi.
Antara koleksi dalam simpanan Muhammad Nur Hadi ialah Kamus Idris Al-Marbawi nukilan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pertama Dr Syeikh Idris al-Marbawi, Doa Hari Arafah karya ulama Kelantan Syeikh Jaafar Husein selain kitab ditulis ulama dari Indonesia dan Pattani.
"Semasa awal datang ke Mesir saya memang tidak tahu keberadaan kitab ini, sehinggalah kawan di Malaysia memaklumkannya. Pada permulaan saya sekadar membeli 25 buku sahaja, lama-kelamaan timbul rasa tanggungjawab dalam diri saya untuk mencari dan mengumpulkannya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Muhammad Nur Hadi berkata selain kitab-kitab tersebut dia juga mengumpul bahan lain seperti dokumen persuratan dan cop besi yang diukir tulisan Jawi-Arab.
"Antara penemuan menarik lain ialah saya melihat bukti bertulis sumbangan besar Syeikh Idris yang menjadi editor kepada kitab tulisan ulama lain sebelum ia dicetak untuk diterbitkan," katanya.
Pelajar yang berasal dari Taiping, Perak itu berkata dia terdorong mengumpul kitab-kitab lama berkenaan kerana ia mempunyai nilai sejarah dengan cetakan asli di Mesir serta lebih dipercayai sebagai rujukan.
Bercerita lanjut, Muhammad Nur Hadi berkata pertemuannya dengan seorang peniaga buku Arab, Ammu Abdul Maula di Mesir memudahkan dia mengumpul kitab turath dalam kuantiti yang banyak.
"Ammu yang berusia 70-an adalah pekerja di Mustafa al-Halabi lebih 50 tahun dan arif berkenaan dengan simpanan kitab turath yang dicetak syarikat itu. Saya telah berjumpa dia berulang kali bagi mencari kitab turath alam Melayu.
"Sampailah satu ketika apabila dia melihat kesungguhan saya dan yakin yang saya dapat menyimpan kitab tersebut untuk generasi akan datang, dia membawa saya masuk ke gudang buku dan menunjukkan kitab turath alam Melayu yang masih ada. Dari situlah saya mendapatkan kebanyakan tajuk yang sudah tiada lebihan naskah," katanya.
Menurutnya dia merancang membawa pulang koleksi kitab itu ke tanah air dan sedia berkongsi dengan pihak berkaitan yang berminat seperti pengkaji sejarah, ahli akademik dan universiti.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024

Muhammad Nur mengumpul kitab lama asli Nusantara yang kebanyakannya dicetak Mustafa al-Halabi, antara syarikat percetakan dan penjualan buku tertua di negara Timur Tengah itu. - Foto BERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.

2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.

Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB
Vivy dan Fadzarudin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.

Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.

KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tangani isu kerentanan ekonomi
Pengelasan pendapatan B40, M40, dan T20 tidak mencerminkan realiti ekonomi isi rumah di Malaysia. Hanya T30 menunjukkan corak perbelanjaan kelas pertengahan.

Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.

Isu FashionValet: GLIC, Khazanah, PNB tambah baik tatakelola proses penilaian pelaburan - Menteri
GLIC termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan berterusan.

Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.

Khazanah, PNB akui pelaburan tidak selari dengan unjuran pulangan FashionValet - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, isu FashionValet tidak akan menjejaskan keinginan Khazanah untuk terus melabur dalam syarikat pemula.