KENINGAU: Seorang pelajar jurusan teknologi pembinaan Kolej Vokasional Keningau, Sabah merupakan satu-satunya pelajar Malaysia yang terpilih sebagai salah seorang calon 50 pelajar terbaik bagi anugerah Global Student Prize 2022.
Alesyah Asa, 20, berjaya menjadi finalis bagi anugerah pelajar paling berprestij di dunia anjuran Chegg.org yang berpusat di Amerika Syarikat atas pencapaian dan sumbangannya dalam bidang inovasi, STEM, program pertukaran budaya dan hackathon.
Menurut pelajar yang berasal dari kawasan pedalaman di Nabawan itu, dia sama sekali tidak menyangka dipilih sebagai antara pelajar terbaik dunia.
"Syukur kepada Tuhan kerana diberikan kemudahan kepada saya untuk terus berjuang dan memperkenalkan Kolej Vokasional terutamanya sekarang di seluruh Malaysia bahawa Kolej Vokasional Keningau juga boleh," katanya.
Tambahnya berkat usaha dan pembelajaran di kolej tersebut beliau turut berpeluang menyertai program pertukaran pelajar luar negara hasil penglibatannya dalam beberapa aktiviti melibatkan STEM.
"Selama saya berada di Kolej Vokasional Keningau saya juga telah menyertai beberapa aktiviti kebangsaan dan antarabangsa yang paling saya bangga adalah saya telah menjadi seorang ketua salah satu yang mengikuti pertukaran pelajar di Korea Selatan.
"Selain itu juga saya menjadi duta Malaysia di Korea Selatan untuk mempelajari tentang kebudayaan dan cara teknologi di sana," katanya.
Selain itu Alesya bersama rakan pelajar wanita yang lain sebelum ini turut pernah dianugerahkan Community Innovation Winner di Global Media and Information Literacy Youth Hackathon yang dianjurkan bersama UNESCO dengan Republik Korea.
Menurut Alesyah lagi, sebagai pelajar jurusan Teknologi Pembinaan, misinya adalah memberi inspirasi dan bimbingan kepada pelajar perempuan yang lain untuk berjaya terutamanya dalam bidang pembinaan yang sering didominasi kaum lelaki.
"Saya sebagai perempuan saya memasuki bidang yang sangat jarang diceburi iaitu pembinaan jadi saya sebagai perempuan saya cuba untuk mengubah pola pemikiran masyarakat.
"Perempuan pun boleh buat, perempuan dapat menjalankan, perempuan boleh menjadi suatu yang penting dalam pembinaan bukan saja setakat lelaki.
"Jadi selepas saya ceburi bidang teknologi pembinaan saya telah juga membawa rakan-rakan saya supaya lebih pecaya diri sebagai seorang perempuan untuk bertanding dengan lelaki tanpa ada rasa malu," ujarnya lagi.
Alesyah berkata demikian ketika ditemui di Kolej Vokasional Keningau, Sabah pada Ahad.
Sementara itu bagi Guru Bahasa Inggeris, Ketua Kajian dan Inovasi Kolej Vokasional Keningau, Mohd Sirhajwan Idek, kejayaan Alesyah bukan sahaja menjadi kebanggaan pihak kolej malah beliau berharap menjadi ispirasi kepada pelajar lain untuk mencapai kejayaan.
"Saya berharap kejayaan ini akan memberi ispirasi dan membakar semangat pelajar lain bukan saja di Kolej Vokasional Keningau tapi juga di negeri Sabah, di seluruh negara agar meraka sedar walaupun mereka masih lagi bergelar sebagai pelajar, belum lagi menamatkan pembelajaran mereka, tapi mereka mempunyai peluang untuk membantu komuniti.
"Mereka harus mencari platform dan peluang yang sesuai agar mereka mampu mengasah bakat mereka, mereka mencari peluang supaya mereka boleh perkembangkan idea projek mereka yang boleh membantu komunti ataupun di peringkat institusi," katanya.
Global Student Prize 2022 menawarkan hadiah sebanyak AS$100,000 kepada pelajar terbaik dari seluruh dunia yang telah menjalankan aktiviti berkaitan sains dan teknologi serta memberi impak kepada dunia pembelajaran global.
Pemilihan pelajar terbaik bagi anugerah tahunan itu akan dilakukan oleh Global Student Prize Academy dan Global Teacher Prize Academy dan akan diumumkan di laman web Chegg.org.
Alexion Mairin
Mon Jul 25 2022

Alesyah Asa berjaya menjadi finalis bagi anugerah pelajar paling berprestij di dunia anjuran Chegg.org. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.

Pelajar dari pedalaman Sabah tersenarai 10 finalis anugerah pelajar dunia
Alesyah Asa, 20, yang juga Pelajar Diploma Teknologi Pembinaan, terpilih daripada lebih 7,000 pencalonan dan permohonan dari 150 negara.

Pelajar Malaysia pertama calon Global Student Prize 2022
Alesyah Asa berjaya menjadi finalis bagi anugerah pelajar paling berprestij di dunia anjuran Chegg.org.