SELAMA: Enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka minggu lalu, akhirnya dikecualikan daripada sebarang bayaran.
Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin, berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perak susulan rayuan semua pelajar terbabit.
"Saya berjumpa sendiri dengan Pegawai Kesihatan Kampar, berbincang dengan Pengarah Kesihatan Negeri, jadi pelajar-pelajar tidak perlu membayar apa-apa pun dan kes (dianggap) selesai,” katanya ketika ditemui semasa melawat Klinik Kesihatan Selama di sini, pada Selasa.
BACA: Jabatan Kesihatan siasat aduan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500
BACA: Kompaun RM1,500 pelajar matrikulasi dikurangkan
Mohd Akmal menyifatkan keputusan itu sebagai terbaik berdasarkan situasi berkenaan dan membantu pelajar-pelajar berkenaan terbabit yang datang daripada keluarga asnaf.
Malah, katanya, beliau sendiri telah berjumpa dengan salah seorang bapa pelajar terlibat untuk memberi semangat.
Sehubungan itu, beliau berharap isu tersebut tidak dipanjangkan lagi bagi memberi ruang kepada semua pelajar terbabit yang sedang menduduki peperiksaan.
Pada 19 April lalu, tular di laman sosial mengenai beberapa pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.
Pelbagai pihak mempertikaikan tindakan itu kerana pelajar-pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Apr 27 2021
Pada 19 April lalu, tular di laman sosial terdapat pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka. - Gambar fail/ Media sosial
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
Pelajar matrikulasi dikompaun RM1,500 dikecualikan sebarang bayaran
Enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka minggu lalu, akhirnya dikecualikan daripada sebarang bayaran.
Kompaun RM1,500 pelajar matrikulasi dikurangkan
Jabatan Kesihatan Perak telah mengurangkan kompaun yang dikenakan kepada enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak dekat sini, ekoran rayuan yang mereka kemukakan.