Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan segera dan telus berhubung kematian pelajar perempuan 16 tahun di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.
- Mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, ditemui meninggal dunia di dewan sekolah ketika menghadiri kelas bimbingan pada petang Sabtu.
- Tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan polis untuk membantu siasatan, dengan seorang dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi permohonan reman.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus berhubung insiden kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor.
Menerusi hantaran di akaun media sosial rasminya hari ini, beliau menzahirkan rasa amat berdukacita atas tragedi yang menimpa mangsa, Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal.
"Saya amat berdukacita menerima berita pemergian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.
"Takziah kepada keluarga dan waris Allahyarhamah, moga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.
"Saya telah meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta apa yang sebenarnya berlaku," katanya.
Allahyarham Irene Sofiya yang merupakan pelajar Tingkatan Empat ditemukan oleh ahli keluarganya dalam keadaan lemah di dalam dewan sekolah berkenaan, sebelum meninggal dunia. Difahamkan arwah hadir ke sekolah pada petang Sabtu itu bagi mengikuti sesi kelas bimbingan.
Susulan kejadian, pihak polis menahan tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan, dengan salah seorang daripada mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi ini bagi permohonan perintah reman.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah arahan yang diberikan oleh Perdana Menteri berhubung insiden kematian pelajar di Yong Peng?
A: Perdana Menteri mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta apa yang sebenarnya berlaku. - Q: Siapakah mangsa dalam insiden di sekolah di Yong Peng, Johor?
A: Mangsa ialah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan Empat. - Q: Apakah tindakan pihak polis susulan kejadian tersebut?
A: Pihak polis menahan tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan, dan salah seorang daripada mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk permohonan perintah reman. - Q: Di mana dan bila mangsa ditemui meninggal dunia?
A: Mangsa ditemui tidak bernyawa di kawasan dewan sekolah ketika hadir bagi sesi kelas bimbingan pada petang Sabtu. - Q: Apakah ucapan Perdana Menteri kepada keluarga mangsa?
A: Perdana Menteri menzahirkan rasa amat berdukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga serta waris mangsa, serta mendoakan mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.