ALOR SETAR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Simpang Empat, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.30 pagi.
“Ketua Balai Polis Simpang Empat menerima panggilan mengatakan terdapat seorang pelajar perempuan sekolah itu dipercayai terjatuh bangunan sekolah.
"Siasatan di tempat kejadian mendapati bangunan sekolah itu mempunyai empat tingkat yang mana bahagian bawah adalah perpustakaan, manakala tingkat dua pula kosong, tingkat tiga pula adalah kelas bagi pelajar Tingkatan Enam manakala tingkat empat pula kosong.
"Polis belum mengenal pasti pelajar terbabit terjatuh daripada tingkat berapa dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca bagaimana kejadian itu berlaku," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Ahmad Shukri berkata, menurut saksi, ketika kejadian, keseluruhan bangunan itu kosong kerana semua murid sekolah berkenaan menghadiri perhimpunan sebelum memasuki kelas masing-masing.
Beliau berkata, mayat pelajar berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Nov 10 2022

Ahmad Shukri berkata, menurut saksi, ketika kejadian, keseluruhan bangunan itu kosong kerana semua murid sekolah berkenaan menghadiri perhimpunan sebelum memasuki kelas masing-masing.- Fail/BERNAMA

Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.

Pelajar perempuan maut dilanggar kereta
Pelajar sebuah kolej di Sungai Petani itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Pelajar perempuan Tingkatan Enam maut, kereta dipandu terbabas
Mangsa, Nur Ain Alia Mohamad Arep, 19, meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku pada jam 12.45 tengah hari.

Pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut jatuh bangunan sekolah - Polis Kedah
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Simpang Empat, di Alor Setar hari ini.

Pisau mesin rumput terpelanting, dua lelaki didakwa di mahkamah
Sabit kesalahan boleh didenda maksima RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.