KUBANG PASU: Remaja 14 tahun antara empat anggota kumpulan 'Geng Man Muncung' yang ditahan terbabit melakukan 10 siri kes pecah kedai di sekitar daerah Kubang Pasu sejak Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kesemua mereka ditahan polis Khamis lalu selepas pihaknya menerima laporan berkaitan kes pecah kedai di Air Hitam pada awal pagi hari sama.
Beliau berkata, dalam kejadian itu, kumpulan berkenaan berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM4,250, alat pencukur serta pemetik api.
Katanya, modus operandi yang dilakukan kumpulan itu adalah dengan menyewa kereta untuk melakukan kegiatan pecah kedai dan bergerak pada sekitar waktu tengah malam dan awal pagi.
Sasaran mereka adalah kedai runcit di kawasan kampung dan mereka akan mencuri wang tunai, barangan asas keperluan harian seperti minuman bercoklat, roti, alat pencukur serta pemetik api.
Modus operandi kumpulan ini iaitu memecah masuk kedai dengan mencabut fius elektrik di luar kedai tersebut tujuannya adalah untuk mengelak perbuatan mereka daripada dirakam oleh kamera litar bertutup (CCTV) dan kemudian mereka masuk melalui pintu ataupun tingkap yang telah diumpil.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, hari ini.
Rodzi berkata, mereka ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di hadapan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan di Taman Pulasan, sekitar jam 8.45 malam hingga 10.30 malam.
Katanya, ketika tangkapan dilakukan, pihaknya turut merampas sepasang sarung tangan, lima buah telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah kereta Perodua Myvi kelabu yang dipercayai disewa untuk melakukan kegiatan itu.
Pemeriksaan di rumah salah seorang suspek juga menemui sebatang besi kuku kambing, satu pemotong besi dan pemutar skru yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah pecah kedai.
Turut dirampas, sejumlah pemetik api dan pisau cukur yang dicuri.
Jelas Rodzi, hasil semakan pelajar tingkatan 2 salah sebuah sekolah di Kubang Pasu itu tidak memiliki rekod jenayah.
Manakala tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, pecah rumah dan curi kenderaan.
Rodzi berkata, siasatan juga mendapati, dalang utama geng itu yang berusia 33 tahun pernah terbabit dalam kegiatan pecah masuk sebuah syarikat kurier di Alor Setar, beberapa bulan lalu.
Katanya, kumpulan itu dipercayai melakukan 10 kes jenayah pecah kedai di daerah Kubang Pasu sejak Ogos hingga November lalu.
Kesemua suspek direman selama lima hari bermula semalam sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Dec 06 2021

Menurut Superintendan Rodzi Abu Hassan, kumpulan itu dipercayai melakukan 10 kes jenayah pecah kedai di daerah Kubang Pasu sejak Ogos hingga November lalu. - Astro AWANI

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat samun, pecah kedai, curi kenderaan di empat negeri
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.

Pecah masuk kedai, curi: Tiga lelaki dihadapkan di lima Mahkamah Majistret
Tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar dihadapkan ke lima Mahkamah Majistret atas pertuduhan pecah masuk kedai runcit dan mencuri kenderaan antara Ogos dan Oktober ini.

Pelajar tingkatan dua terlibat kegiatan pecah kedai
Kumpulan itu dipercayai melakukan 10 kes jenayah pecah kedai di daerah Kubang Pasu sejak Ogos hingga November lalu.

Pramugara 'panjang tangan' dipenjara 4 tahun
Seorang pramugara dijatuhkan hukuman penjara empat tahun atas pertuduhan mencuri dan memecah masuk dua kedai dobi layan diri 24 jam di Kuala Nerus.

Sembilan termasuk warga emas ditahan terlibat aktiviti pecah kedai
Sembilan lelaki termasuk seorang warga emas ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam enam kes pecah masuk kedai di Bukit Tengah.

Tahanan reman mati dalam perjalanan ke hospital
Seorang lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes pecah kilang dan kedai disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Pencuri pecah kedai terbunuh, lelaki ditahan
Mayat lelaki berusia 30 tahun itu dijumpai terbaring di dalam longkang dengan kesan kecederaan di dada, kepala dan pergelangan tangan.

Lapan ahli Geng Tebuk Ramalan diberkas
Polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes pecah kedai nombor ekor sekitar Ipoh selepas memberkas lapan ahli kumpulan Geng Tebuk Ramalan.