SERDANG: Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.
Pelajar semester pertama jurusan Pengajian Pengguna, Mohd Irfan Hakimi Azhar itu kali terakhir ditemui rakan sebiliknya ketika dia pergi menunaikan solat Jumaat menaiki sebuah motosikal Yamaha, pada hari berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, berdasarkan laporan, bapa mangsa cuba menghubunginya kira-kira pukul 9 pagi Jumaat lalu untuk bertanya khabar namun panggilannya itu tidak dijawab.
"Bimbang sesuatu tidak kena, tiga hari kemudian (Isnin), bapa mangsa menghubungi adiknya yang tinggal berhampiran UPM untuk mencari mangsa di tempat penginapan.
"Apabila tiba di UPM, adik pengadu telah menghubungi rakan sebilik mangsa dan dimaklumkan kali terakhir mangsa dilihat adalah semasa dia pergi ke solat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Anbalagan menambah, mangsa yang berusia 22 tahun itu masih tidak ditemui setakat ini dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.
Katanya, Mohd Irfan Hakimi berkulit cerah, memakai cermin mata, berbadan kurus dengan berat kira-kira 65 kilogram (kg) serta berketinggian 171 sentimeter (sm).
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-6177188 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Umavathi Ramayah
Wed Jan 18 2023

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Mohd Irfan diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-6177188 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera. - Gambar/ Media sosial

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Polis mohon bantuan kesan pelajar tingkatan dua dilapor hilang
Polis menerima laporan mengenai kehilangan Qayzikri Hazimi, 14, daripada gurunya pada 5.12 petang.

Perahu karam: Mayat mangsa pertama daripada tiga yang hilang ditemukan
Mayat mangsa pertama daripada tiga remaja yang hilang di Sungai Stamin, Kampung Selampit, Lundu, Sarawak pada pagi Isnin ditemukan pagi Selasa.

Tragedi bot karam: Operasi SAR tiga pelajar giat dijalankan - Polis
Operasi mencari dan menyelamat tiga pelajar yang hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit daerah Lundu giat dijalankan.

Nor Diana mungkin dikawal individu tidak dikenali - Ibu
Maznah Ismail, 44, berkata beliau berasakan demikian selepas bercakap dengan anaknya itu menerusi panggilan telefon kira-kira 11 pagi semalam.

Operasi SAR pelajar hilang di Pulau Mawar dihentikan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta yang dilapor hilang selepas mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar di sini dihentikan 7 malam, semalam.

Operasi SAR guna dron bantu kesan pelajar IPTS hilang di Pulau Mawar
Dron milik Pejabat Daerah Mersing digunakan pada hari pertama dan kedua operasi, manakala dron imej terma milik APM digunakan semalam.

Pelajar UPM dipercayai hilang sejak Jumaat lalu
Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Mekanik direman bantu siasatan kes remaja hilang
Seorang mekanik direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes remaja hilang pada 15 Jun lalu bermula hari ini.

Remaja hilang, Nur Afiqah Aina akhirnya pulang
Selepas sembilan hari dilaporkan hilang sejak 15 Jun lalu,seorang remaja Nur Afiqah Aina Mohamed Rafik, 14, akhirnya ditemukan selamat.

Budak hilang di Besut ditemui selamat, rupanya ikut 'Mok Noh' pergi Narathiwat
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Razmi Mohd Gunnos berkata mangsa dijumpai selamat kira-kira jam 12.20 tengahari pada Rabu.