ALOR SETAR: Seorang pelajar tahun dua perakaunan, Universiti Utara Malaysia (UUM) ditemukan mati di dalam bilik asramanya, dipercayai akibat terkena kejutan elektrik pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Rodzi Abu Hassan berkata, setakat Selasa, kematian Vinosiny Sivakumar diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
"Kita masih lagi menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar katanya di sini, pada Selasa.
Sementara itu laporan MalaysiaKini yang memetik bapa mangsa, R Sivakumar, 65, berkata, mangsa baru seminggu kembali ke kampus selepas belajar secara dalam talian sejak pandemik COVID-19 melanda.
Menurutnya, ketika pihak pengurusan UUM menghubunginya pada kira-kira pukul 3 petang Sabtu lalu, dia hanya dimaklumkan yang mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri.
"Mereka tidak menjelaskan secara terperinci dan tidak beritahu saya apa yang sebenarnya terjadi. Selepas saya tanya beberapa kali sama ada masih ada petunjuk yang anak saya masih hidup atau tidak, baru mereka beritahu dia telah meninggal dunia," katanya.
Sivakumar menambah, dia juga tidak dapat memasuki bilik asramanya untuk memeriksa kerana sudah ditutup.
"Polis hanya beri dompet dan kad pengenalannya kepada saya," katanya lagi.
Menurutnya, mangsa yang berusia 20 tahun itu dikebumikan di Klang pada Isnin.
Tambah Sivakumar, dia mahu mendapatkan kebenaran di sebalik kematian anaknya, memandangkan tiada sebarang penerangan diberi oleh pihak pengurusan UUM dan polis.
Dia juga mendakwa terdapat kesan terbakar yang jelas di muka dan tangan kanan anaknya, serta dua jarinya berwarna ungu kehitaman ketika doktor menunjukkan mayat mendiang kepadanya di hospital.
"Saya cukup kesal dengan pihak universiti yang tidak menyatakan dengan jelas ketika mereka maklumkan perkara ini kepada saya. Tragedi sudah terjadi, saya hanya inginkan kebenaran. Saya nak tahu punca (kejutan elektrik). Saya tak mahu sesuatu yang tak betul terjadi.
"Saya tak mahu perkara sama menimpa pelajar lain. Saya pasti ada sesuatu yang tak kena dengan kemudahan di universiti, tapi adakah pihak universiti akan mengaku?" soalnya lagi.
Astro Awani
Tue May 24 2022

Vinosiny Sivakumar ditemukan mati di dalam bilik asramanya, dipercayai akibat terkena kejutan elektrik pada Sabtu. - Gambar Facebook
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pelajar UUM ditemukan mati di bilik asrama, dipercayai terkena kejutan elektrik
Bapa mendiang Vinosiny Sivakumar tuntut kebenaran dan penjelasan di sebalik kematian anaknya.

UUM lonjak kedudukan dalam senarai universiti terbaik dunia
UUM berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga universiti terbaik di Malaysia dengan memperoleh skor 34.8 peratus berbanding 9.3 peratus sebelum ini.

Ahmad Bashawir dilantik NC UUM baharu berkuat kuasa 26 Ogos - Maszlee
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pelantikan Ahmad Bashawir sebagai naib canselor kelapan itu berkuatkuasa 26 Ogos ini.

Wafiyuddin muncul pemain terbaik Malaysia pada Kejohanan PGM Darulaman 2018
Wafi melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan dari semua pihak terutama Naib Canselor dan juga pengurusan tertinggi UUM

UUM dalam kalangan 1 peratus universiti terbaik Asia
Keputusan yang dikeluarkan oleh QS ini menyaksikan UUM melonjak 168 anak tangga sejak kali pertama disenaraikan dalam QS Asia pada tahun 2011.