KOTA BHARU:Seorang pelakon drama pendek di YouTube didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas pertuduhan pemerasan sehingga mendatangkan ketakutan serta membuat laporan palsu kononnya dirogol, Disember lepas.
Tertuduh Nor Hafizah Shamsuddin, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki berusia 29 tahun sehingga mendatangkan ketakutan dengan melaporkan dirinya dirogol lelaki berkenaan.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di Pengkalan Chepa sekitar jam 3 petang pada 19 Disember lepas.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah memberikan maklumat palsu kepada anggota polis mendakwa dirinya dirogol oleh dua lelaki dengan niat supaya mereka dikenakan tindakan.
Kesalahan itu dilakukan di kaunter Balai Polis Kubang Kerian pada jam 12.08 malam pada 20 Disember lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amurda Shasha Amir Shariffuddin manakala tertuduh diwakili peguam Riduan Ismail.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 bagi pertuduhan pertama dan RM1,000 untuk pertuduhan kedua dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 21 Febuari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Muhafandi Muhamad
Thu Jan 14 2021

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.

Pelakon Wanna Ali sah bergelar isteri kepada Khairul Amri
Pelakon Wanna Ali sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Khairul Amri Tan Sri Dato Sri Khalid dalam satu majlis di Petaling Jaya pada Ahad.

Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.

Pulih dari serangan strok, Haerieyanto lebih hargai nikmat kesihatan
"Kalau dahulu saya bedal nak makan apa, saya hisap rokok tak ingat dunia, rehat tak cukup sehinggakan saya jatuh sakit."

Selebriti lelaki miliki ganja dibawa ke mahkamah
Pelakon berusia 41 tahun yang memakai baju berwarna ungu bertindak menutup muka dengan menggunakan kain kelabu.

Lan Zailan pelakon sangat berbakat - Seniman
Seniman menyifatkan industri kreatif kehilangan seorang pelakon yang sangat berbakat buat tanah air.

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia
Pelakon Lan Zailan disahkan meninggal dunia akibat kanser kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di PPUM.

Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.

Pelakon Johan Abdullah meninggal dunia
Isterinya, Sarepah Meriam Aboo berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 malam akibat jangkitan kuman dalam darah.