PUTRAJAYA: Pelaksanaan penuh inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) secara agresif dan drastik akan memberi manfaat menyeluruh dalam menginstitusikan tadbir urus baik, integriti dan antirasuah serta mampu memberi impak kepada kedudukan Malaysia dalam penilaian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada masa akan datang.
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) dalam kenyataan hari ini berkata ia memandang serius penurunan kedudukan dan skor negara dalam CPI yang diumumkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M), semalam.
GIACC berkata penurunan skor dan kedudukan Malaysia dalam CPI bagi tempoh dua tahun berturut-turut merupakan satu perkara yang amat serius dan boleh memberi impak negatif kepada ekonomi negara.
Kedudukan Malaysia dalam CPI 2021 yang dikeluarkan Transparency International Malaysia (TI-M) adalah di tangga 62 berbanding tangga 57 pada 2020, dan tangga 51 pada 2019.
Skor yang dicatatkan pada 2021 adalah 48 berbanding 51 yang direkodkan pada 2020, dan 53 pada 2019.
GIACC berkata sebagai penyelaras NACP dengan kerjasama agensi peneraju akan terus mempergiatkan gerakan pelaksanaan inisiatif-inisiatif dalam enam bidang keutamaan yang dinyatakan dalam NACP.
"GIACC komited dalam memastikan pelaksanaan dasar dan inisiatif yang terkandung dalam NACP dilaksanakan, selaras dengan prinsip ketelusan, akauntabiliti, kecekapan dan keberkesanan dalam perkhidmatan awam," katanya serta meminta agensi peneraju perlu lebih cakna dengan pelaksanaan NACP.
"Komitmen daripada semua amat penting dalam memastikan pelaksanaan NACP ke arah mencapai matlamat Keluarga Malaysia yang berintegriti tinggi dan bebas rasuah," kata GIACC.
GIACC berkata ia akan memberi perhatian kepada cadangan-cadangan yang telah dikemukakan dan akan meneliti secara menyeluruh syor-syor yang telah dikemukakan oleh pihak TI-Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

GIACC berkata penurunan skor dan kedudukan Malaysia dalam CPI bagi tempoh dua tahun berturut-turut merupakan satu perkara yang amat serius dan boleh memberi impak negatif kepada ekonomi negara. - Gambar hiasan/ Bernama

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM208 juta sepanjang Ramadan ini.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.

Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.

COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).

Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.

'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.

Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.

Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.

Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.