KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang melaksanakan projek Sustainable Management of Peatland Ecosystems in Malaysia (SMPEM) sebagai antara inisiatif mengelakkan berlakunya kebakaran tanah gambut akibat cuaca kering berikutan fenomena El-Nino.
Menteri berkenaan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata projek SMPEM bertujuan menguruskan tanah gambut di Malaysia secara mampan dan bersepadu untuk memulihara sumber, mengelakkan degradasi dan kebakaran melalui pendekatan holistik dengan memperkasakan tatakelola institusi, meningkatkan koordinasi antara agensi serta penglibatan masyarakat setempat.
"Antara hasil awal yang diperoleh daripada aktiviti projek SMPEM ini dan Projek Pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 iaitu Projek Pengurusan dan Konservasi Hutan Simpan Paya Gambut dalam Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia adalah mengawal dan mengurangkan insiden kebakaran hutan paya gambut di Semenanjung Malaysia.
"Ini dapat dilihat dengan pengurangan insiden kebakaran hutan paya gambut di Semenanjung Malaysia pada 2023 yang hanya melibatkan keluasan 25.2 hektar berbanding seluas 385.2 hektar pada 2020," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Selangor dan Pahang, dengan keluasan kebakaran Hutan Paya Gambut pada 2020 masing-masing 160 dan 171.7 hektar juga berkurangan kepada 6.9 hektar dan 2.1 hektar sahaja pada tahun lepas.
Nik Nazmi berkata aktiviti pencegahan kebakaran tanah gambut dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat juga dijalankan di bawah projek SMPEM.
Selain itu, aktiviti pencegahan kebakaran tanah gambut di bawah projek ini juga melibatkan latihan kepada kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri dan komuniti setempat, pembelian peralatan pengawalan kebakaran hutan, menjalankan aktiviti kesedaran kepentingan tanah gambut, program restorasi hutan paya gambut dan pemantauan paras air dalam tanah gambut.
"Saya menyeru supaya kerjasama kolektif daripada pelbagai pihak diperkukuh untuk memulihara dan memelihara ekosistem tanah gambut yang sangat berharga demi generasi masa kini dan akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024

Nik Nazmi berkata aktiviti pencegahan kebakaran tanah gambut dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat juga dijalankan di bawah projek SMPEM. - Gambar fail/BERNAMA

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

Pelaksanaan projek NRES kurangkan insiden kebakaran hutan paya gambut
Nik Nazmi berkata aktiviti pencegahan kebakaran tanah gambut dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat juga dijalankan di bawah projek SMPEM.