KUALA LUMPUR: Selepas cuti Hari Raya Aidilfitri ini, sesi persekolahan diteruskan dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka untuk mengelak risiko jangkitan COVID-19 di sekolah selepas perayaan itu.
Biarpun ada ibu bapa yang lega dengan keputusan itu kerana risau untuk menghantar anak ke sekolah berikutan penularan jangkitan COVID-19, namun dalam masa sama ramai juga yang bimbang akan tahap keberkesanan pembelajaran anak-anak mereka.
Apakah pembelajaran anak-anak akan terjejas sekali lagi susulan penutupan sekolah seluruh negara selepas raya ini? Mungkin itu antara persoalan yang membelenggu ibu bapa sebaik pengumuman penutupan sekolah berikutan peningkatan kes COVID-19 di institusi pendidikan negara.
Apatah lagi pelaksanaan PdPR sebelum ini mempunyai beberapa kelemahan termasuk masalah kemiskinan digital dan kesenjangan akses kepada pendidikan dalam talian sekali gus menyebabkan ramai pelajar tercicir dalam pembelajaran terutamanya dalam kalangan golongan B40.
Bagi yang mempunyai kemudahan peranti dan akses internet pula, mereka mendakwa anak-anak mereka sukar untuk fokus sewaktu PdPR berbanding proses pembelajaran secara bersemuka di sekolah yang dirasakan lebih berkesan.
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang dalam kenyataan bersama hari ini turut menekankan mengenai kegusaran ramai pihak terutama ibu bapa dan guru berhubung perkembangan pelajaran anak-anak kerana mereka mungkin ketinggalan dalam silibus akibat tidak dibenarkan ke sekolah berdasarkan keadaan pandemik yang semakin kritikal ketika ini.
Ahli Parlimen berkenaan ialah Maszlee Malik (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan), Nik Nazmi Nik Ahmad, Teo Nie Ching dan Datuk Dr Hasan Baharom.
"Lebih membimbangkan, ibu bapa juga tidak tahu sejauh mana anak mereka benar-benar belajar dan menguasai topik yang diajar. Ibu bapa tidak boleh menyemak buku latihan, dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak memberi panduan - secara fizikal mahupun melalui aplikasi khusus - untuk ibu bapa memantau pembelajaran dan perkembangan anak-anak," demikian menurut kenyataan itu.
Mereka berpendapat KPM seharusnya menyediakan bahan-bahan pembelajaran kendiri kepada murid dengan pedagogi yang baharu dan fleksibel bagi menangani masalah keciciran pelajaran.
Selain itu, mereka berkata situasi pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini lebih membimbangkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang ketika mereka berada di Tingkatan 4 tahun lepas dan Tingkatan 5 tahun ini telah menjejaskan prestasi dan pembelajaran mereka.
Menurut mereka, jika pelajar SPM tahun lepas hanya terjejas dengan pembelajaran Tingkatan 5 sahaja, bagi tahun ini pula mereka kehilangan dua tahun pembelajaran akibat PdPR terbaharu ini.
"Maka, penguasaan pelajar SPM tahun ini berhubung subjek Tingkatan 4 dan 5 amat terjejas dan adalah lemah. Pihak KPM sepatutnya mengurangkan topik subjek sesuai dengan tempoh pembelajaran mereka yang sebenar. Hakikatnya, semasa mereka berada di Tingkatan 4 tahun lalu, tiada PdPR yang tersusun, dan mereka seolah-olah kehilangan setahun pembelajaran," kata mereka.
Dalam pada itu, mereka mencadangkan KPM menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti sekolah yang sesuai ditutup atau tidak.
"Bagi kawasan pedalaman dan luar bandar yang jauh dari jangkitan dan tiada kes serta pergerakan keluar dan masuk, KPM sepatutnya membenarkan sekolah-sekolah terus dibuka, terutama kerana capaian internet tidak mencukupi untuk mereka menjalani PdPR," katanya.
Sementara itu, Anuar Ahmad dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kaedah PdPR seharusnya dijalankan dalam pelbagai bentuk dan tidak hanya tertumpu secara dalam talian.
Ini kerana, menurutnya berdasarkan kajian yang dilakukan hampir 60 peratus pelajar tidak mempunyai kemudahan internet dan peranti.
Beliau berkata semua guru sepatutnya sudah mempunyai pelan kontingensi bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk penutupan sekolah.
"Maksudnya kalau sekolah nak tutup 10 hari, semua guru dah ada set PdPR nota kalau berlaku sekolah ditutup. Pihak sekolah kena bersedia dan fotostat siap-siap, kalau sekolah ditutup terus edar nota tersebut. Kalau hari ini ditutup, esok dah kena edar kepada pelajar.
"Kalau kawasan sekolah yang ada internet dan pelajar berkemampuan, boleh guna secara dalam talian. Ini bagi mereka yang tidak ada internet atau tidak berkemampuan. Jadi, bila nota diedarkan, pelajar akan buat latihan dan teruskan pembelajaran walaupun mereka berada di rumah," katanya.
Selain itu, Anuar berkata kaedah pembelajaran menerusi televisyen dan radio seperti DidikTV juga perlu diperkemas dan diperluaskan supaya ia digunakan secara optimum.
"Satu lagi kaedah ialah program 'outreach' di mana guru pergi kepada masyarakat. Guru tidak tunggu pelajar datang ke sekolah sebaliknya guru sendiri yang datang kepada pelajar.
"Guru di Sabah dan Sarawak banyak menggunakan pendekatan ini. Bila guru datang ke rumah, pelajar akan beritahu kawan yang duduk berhampiran datang belajar sekali di rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 09 2021

Banyak pihak terutama ibu bapa dan guru gusar berhubung perkembangan pelajaran anak-anak. - Gambar hiasan

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Banjir: PdPR diteruskan, pastikan pelajar tidak keciciran - Fadhlina
Fadhlina berkata pihak sekolah sememangnya bersedia untuk melaksanakan kaedah PdPR termasuk menyediakan bahan kepada pelajar.

Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR
Rose Aza berkata keputusan untuk menutup sekolah itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin.

Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau
SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah ditutup hari ini akibat pencemaran bau.

Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air
Namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.

Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.

PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR
Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.

Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal
Keadaannya hampir sama ketika zaman sebelum pandemik, cuma kali ini ia lebih teratur dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.

JENDELA bantu lancarkan PdPR di pedalaman Selangor
Melalui JENDELA, beberapa lokasi struktur menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf daripada teknologi 2G kepada 4G.

Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama
KPM membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia.