MARANG:Majlis kenduri kahwin seorang gadis tetap diteruskan meskipun akad nikah tidak dapat dilangsungkan selepas pasangannya dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kelulut, di sini.
Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, bersama tunangnya, Naim Hariri Kamaruddin, 31, sepatutnya disatukan pada pukul 10 pagi tadi di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payung, Marang.
Bagaimanapun, impian raja sehari itu tidak kesampaian selepas pengantin lelaki yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dilaporkan terlibat dalam kejadian lemas pada petang Jumaat.
Bapa pengantin perempuan, Ismail Awang berkata, majlis yang sudah dirancang itu diteruskan juga bagi meraikan tetamu kerana ada dalam kalangan mereka yang datang dari jauh untuk meraikan pengantin.
Menurut Ismail, sebagai tuan rumah, dia juga sudah membuat persiapan seperti tempahan makanan, namun tidak menyangka insiden seperti ini berlaku.
"Kita teruskan (majlis) sebab sudah jemput (tetamu)... katering pun kita dah tempah, orang sudah datang kesian pulak, kita buat kenduri kesyukuran. Solat hajat kita buat malam tadi di masjid," katanya.
BACA: Bakal pengantin dikhuatiri lemas ditarik ombak Pantai Kelulut
Tinjauan Astro AWANI di kediaman Ismail mendapati pelamin yang siap dipasang hanya dilihat sepi tanpa pengantin.
Difahamkan tetamu jemputan mula hadir pada pukul 10 pagi dan ada yang menitiskan air mata serta mengucapkan takziah kepada Ismail atas insiden yang berlaku.
Selain pelamin, khemah, makanan, cenderahati termasuk buku catatan kehadiran tetamu juga sudah siap tersedia.
Pesara kerajaan itu berkata, anak perempuannya masih terkejut dan trauma dengan insiden tersebut dan berharap bakal menantunya itu dapat ditemui.
Pada Jumaat, dua lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kelulut dan Pantai Jambu Bongkok, disini.
Dalam kes berasingan itu kedua-dua mangsa dikatakan ditarik ombak ketika sedang mandi.
Nur Fazlizai Ali
Sat Dec 26 2020
Pelamin yang siap dipasang di kediaman Ismail Awang sepi tanpa pengantin selepas bakal menantunya dikhuatiri lemas dalam insiden di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
Perubahan iklim: Beza negara membangun dan maju
Negara maju tetapkan cara untuk atasi perubahan iklim namun negara membangun akan terima tempias ekonomi. Adakah pahaman berbeza ini menyukarkan lagi keadaan?
2025 Talent Race: Winning strategies for growth & retention
As Malaysia heads into 2025, businesses face rising competition for top talent amid economic expansion and policy shifts. How can companies navigate workforce challenges, retain skilled professionals, and stay ahead in a rapidly evolving job market? Associate Director, Robert Walters Malaysia, Marie Lee shares insights into hiring outlook for 2025, key aspects business leaders and HR professionals need to know and best practices to fortify their talent strategies to set up for a successful year ahead.
Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel
Ditanya apa maksud "segala malapetaka" yang mungkin berlaku di Gaza, Trump berkata: "Anda akan tahu dan mereka akan tahu - Hamas akan tahu apa yang saya maksudkan."
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 11 Februari 2025
1️⃣ Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
2️⃣ Perbincangan dimuktamad tidak lama lagi
3️⃣ Rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
#awaniringkas
1️⃣ Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
2️⃣ Perbincangan dimuktamad tidak lama lagi
3️⃣ Rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
#awaniringkas
ASEAN Kita: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? Join us as we explore the core pillars of ASEAN, political-security, economic, and socio-cultural transformation with Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin. Gain insights into regional security dynamics, economic cooperation, and the evolving role of ASEAN in a shifting global landscape.
Kamal Adli nafi dakwaan rumah tangga bergolak, fail cerai
"Doakan yang baik-baik sahaja. Mustahil untuk saya sampai ke tahap itu."
2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.
Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.
Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali
Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.
Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan
Pembangun tidak dibenarkan meletakkan iklan dalam permainan semata-mata untuk menjana pendapatan.
Pelamin tanpa pengantin, resepsi kahwin bertukar jadi majlis doa selamat
Fatin Nabilah Huda Ismail bersama tunangnya, Naim Hariri Kamaruddin sepatutnya disatukan hari ini, namun takdir menentukan sebaliknya.