Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India (MIB) bukan milik MIC atau kerajaan tetapi ia hak masyakarat India yang tidak boleh dikritik dengan pemikiran negatif, kata Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Justeru, beliau menggesa masyarakat India agar mempunyai kepercayaan dan berharap kepada pelan induk itu ke arah memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup kaum berkenaan.
"Terdapat mereka yang mempunyai persepsi negatif terhadap pelan induk itu, kritikan itu hanya akan menghalang pelan tersebut daripada berjaya," katanya kepada pemberita selepas sesi 'Town Hall' Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India di Ibu Pejabat MIC di sini, malam tadi.
"Kita juga mahu mewujudkan komuniti India yang bersatu padu, di mana masyarakat india membantu masyarakat India yang lain untuk maju," katanya.
Mengulas cadangan yang diutarakan pada sesi tersebut, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata keutamaan harus diberikan kepada usaha untuk meningkatkan kualiti kaum India dalam setiap sektor.
Sesi town hall itu melibatkan Dr Subramaniam, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri SK Devamany dan Ketua Pengarah Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) Datuk Dr N.S Rajendran.
Sesi berkenaan dihadiri 800 pemimpin akar umbi dan anggota MIC bagi membincangkan pelaksanaan MIB antaranya dokumentasi warganegara, mewujudkan usahawan India, meningkatkan peratusan penjawat awam India, meningkatkan taraf hidup mereka di bawah kumpulan B40 dan pembangunan sekolah Tamil.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata MIC akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha kementerian yang relevan dengan pelaksanaan MIB bagi memastikan pelan induk berkenaan berjaya dalam tempoh 10 tahun akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2017

Dr Subramaniam berkata keutamaan harus diberikan kepada usaha untuk meningkatkan kualiti kaum India dalam setiap sektor. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.

Dasar perdagangan AS akibatkan kerugian AS$196 bilion di pasaran saham India
Pelabur ekuiti kehilangan sekitar 17 trilion rupee India (AS$196 bilion) berikutan ketidaktentuan berterusan mengenai dasar perdagangan dan tarif Amerika Syarikat (AS).

TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan
Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, jumlah tersebut telah disalurkan kepada usahawan yang memohon dana TEKUN Nasional.

7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.

India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."

Maharashtra, India catatkan kematian pertama penyakit disyaki akibat Sindrom Guillain-Barre
GBS adalah penyakit neurologi yang menyebabkan kebas, lemah dan kesakitan secara tiba-tiba, selain menyebabkan cirit-birit.

Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.

11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.

Kuatkan semangat 'Nambikei', sambut Ponggal dengan ceria - Ramanan
Ramanan harap perayaan Ponggal tahun ini bawa kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan yang menceriakan buat negara dan masyarakat India.