KUALA LUMPUR: Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Beliau berkata ketika ini, Kementerian Digital bersama tujuh agensi berkaitan sedang berbincang lebih lanjut bagi menghasilkan pelan berteraskan komuniti, yang akan memberi peluang masyarakat luar bandar celik teknologi dan digital.
"Kerangka baharu ini nanti turut meliputi komuniti luar bandar supaya mereka lebih mesra digital.
"Kita juga akan memastikan pelan itu selari dengan (pendigitalan) negara jiran seperti Singapura dan Thailand," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pejabat Activpayrolls di sini, semalam.
Beliau berkata pelan itu termasuk keseimbangan dan kesamarataan kepada industri pendigitalan di bandar dan luar bandar selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu transformasi digital dilaksanakan segera supaya negara tidak ketinggalan dan dapat bersaing pantas.
Pelan tersebut juga dirangka supaya Malaysia mempunyai input terbaik dan dapat bersaing dengan negara di Asia Tenggara, katanya.
Wilson berkata hala tuju Kementerian Digital mempunyai tiga teras iaitu Malaysia Digital, Ekonomi Digital dan Digital Komuniti bagi mempertingkatkan aspek pendigitalan di semua peringkat.
Mengenai 5G, beliau berharap rangkaian 5G dapat dipertingkatkan di kawasan pedalaman dan juga di Sabah dan Sarawak bagi membolehkan rakyat serta industri menerima manfaat.
"Saya sebagai Timbalan Menteri mohon kesemarataan 5G supaya memberi keseimbangan kepada industri terutama di kawasan Bintulu, Kuching dan Nusantara, Indonesia yang berdekatan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Activpayrolls melabur RM167 juta untuk membuka pejabat baharu di Malaysia, yang akan memperkukuh kedudukannya di Asia Pasifik.
Pengarah Eksekutif Activpayroll bagi Asia Pasifik Andrew Philp berkata pengembangan syarikat di Malaysia adalah tepat pada masanya.
"Kami mendapati pelaburan berterusan dalam pasukan operasi, yang berpangkalan di Malaysia, berperanan penting dalam mengembangkan perkhidmatan Activpayroll di rantau ini.
"Berasaskan ketersediaan sumber tenaga mahir di Malaysia, kami yakin mampu menawarkan sokongan yang diperlukan pelanggan kami untuk cemerlang di Asia Pasifik," katanya.
Pejabat baharu Activpayroll akan berfungsi sebagai Pusat Perkhidmatan Sokongan Global (GSS) utama bagi operasi global dan Asia Pasifik.
Pejabat itu disasarkan menjadi pejabat Activpayroll terbesar dari segi jumlah pekerja, dengan peningkatan perolehan kasar barisan dijangka kukuh melebihi 40 peratus.
Tambahan pula, Activpayroll merancang untuk menambah tenaga kerjanya sebagai empat kali pada 2028, disokong oleh purata peningkatan perbelanjaan operasi dan modal sebanyak 37 peratus.
Pejabat itu telah menggandakan bilangan pekerjanya dalam tempoh kurang dari setahun.
"Sebagai respond kepada keperluan industri untuk bakat serba boleh dan berkemahiran, Activpayroll melabur dalam jumlah yang besar bagi program latihan dan pembangunan untuk meningkatkan kemahiran bakat tempatan, sekali gus menyokong matlamat Malaysia ke arah menjadi hab kumpulan bakat mahir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024

Wilson berucap pada majlis pelancaran pejabat Activpayrolls di Kuala Lumpur, semalam. - Facebook Malaysia Digital Economy Corporation

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.