Kerajaan tidak pernah membuat keputusan untuk membatalkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, sebaliknya pelan pembangunan itu sedang ditambah baik, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya pelan itu belum dapat diwartakan memandangkan masih banyak ruang penambahbaikan perlu dilaksana dengan mengambil kira perubahan pembangunan dinamik bandar raya Kuala Lumpur.
"Kementerian sedang memperincikan pelan tersebut dan ia masih dalam perancangan dan penelitian memandangkan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar raya kecil dan memerlukan perancangan holistik.
"Ini bersesuaian dengan hasrat kementerian untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai bandar bertaraf dunia menjelang 2020," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 dilancarkan pada Mei 2008 dan dijadual untuk diwartakan pada 1 Julai 2012, namun ia ditangguhkan dan sehingga kini draf pelan tersebut belum diwartakan.
Baru-baru ini, Tengku Adnan menegaskan bahawa kementeriannya tidak akan menandatangani pelan pembangunan itu selagi tidak mendapat kesepakatan daripada kesemua 11 Anggota Parlimen di Kuala Lumpur. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2017
Menurut Tengku Adnan, pelan itu belum dapat diwartakan memandangkan masih banyak ruang penambahbaikan perlu dilaksana dengan mengambil kira perubahan pembangunan dinamik bandar raya Kuala Lumpur. - Gambar fail
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Pelan struktur Kuala Lumpur 2020 tidak pernah dibatalkan - Tengku Adnan
Kerajaan tidak pernah membuat keputusan untuk membatalkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, sebaliknya pelan pembangunan itu sedang ditambah baik.