PUTRAJAYA: Kerajaan sedang merangka Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara 2.0 (NEEAP 2.0) yang berupaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, potensi perniagaan serta pelaburan demi manfaat negara dan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Suruhanjaya Tenaga (ST), juga bertujuan mencapai sasaran Pelan Peralihan Tenaga Kebangsaan.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata ini juga sejajar dengan tindakan kerajaan melancarkan Pelan Hala Tuju Perubahan Tenaga Negara (NETR) yang menggariskan usaha dan komitmen negara ke arah mencapai sistem tenaga yang mampan dan inklusif.
"NETR membuktikan keazaman kerajaan melaksanakan inisiatif peralihan tenaga daripada ekonomi berasaskan bahan api fosil tradisional kepada ekonomi hijau bernilai tinggi.
"Ia juga bagi memastikan transformasi ekonomi lestari ini berupaya menjana sumber pertumbuhan baharu, mewujudkan peluang perniagaan dan potensi perdagangan," katanya ketika berucap pada hari kedua Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di sini, hari ini.
NETR yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos lepas, berpotensi mengukuhkan komitmen Malaysia untuk mencapai aspirasi Pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) bersih sifar seawal-awalnya pada 2050.
Selain itu, Fadillah berkata sasaran peralihan tenaga dapat direalisasikan secara menyeluruh mengikut pertimbangan teliti faktor keupayaan seperti sistem grid, permintaan bekalan elektrik hijau, nilai limpahan ekonomi serta kesanggupan membayar oleh pengguna.
Ini juga dicapai melalui pelaksanaan beberapa inisiatif seperti pembangunan loji jana kuasa solar bagi meningkatkan pembekalan tenaga elektrik hijau pada kos berpatutan, memanfaatkan ruang bumbung bangunan atau permukaan air untuk pemasangan sistem solar bagi mengelak tebus guna tanah dan meneroka pembangunan sistem grid serantau di bawah inisiatif Grid Tenaga Asean.
"Pelaksanaan pelbagai inisiatif itu berupaya membuka lebih banyak peluang perniagaan dan potensi ekonomi baharu untuk dimanfaatkan semua pihak termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), khususnya usahawan bumiputera.
"Semua inisiatif ini merupakan pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak program TBB, sekali gus membolehkan penglibatan dan penyertaan lebih ramai usahawan bumiputera dalam agenda peralihan tenaga," katanya.
KEB 2024 selama tiga hari sehingga esok, turut melibatkan pembentangan hasil dapatan daripada Sesi Libat Urus (SLU) 10 kumpulan termasuk Reformasi Pendidikan dan Modal Insan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pilihan Kerjaya Utama dan Pengukuhan Industri Halal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Fadillah berkata sasaran peralihan tenaga dapat direalisasikan secara menyeluruh mengikut pertimbangan teliti faktor keupayaan. - Gambar Bernama

Pengasuh ditahan disyaki dera kanak-kanak lelaki enam tahun hingga mati
Hasil bedah siasat menemui 20 kecederaan pada kepala, badan, tangan, dan kaki akibat hentakan benda tumpul.
ASEAN 2025 | 4 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Essan Yahya membawa tumpuan berikut:
1. Sidang Kemuncak Dengan AS dalam peringkat perancangan
2. Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
3. Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
1. Sidang Kemuncak Dengan AS dalam peringkat perancangan
2. Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
3. Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan

Bekas CEO, isteri dan anak didakwa ubah wang haram lebih RM150 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Kenaf Trading Global Sdn Bhd dan isteri serta anak lelakinya didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram.
Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
Kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.
Jet Pejuang Filipina Hilang Semasa Operasi ‘Taktikal’
Sebuah jet pejuang FA-50 milik Tentera Udara Filipina (PAF) bersama dua anak kapalnya dilaporkan hilang semasa operasi semalaman selepas berlepas dari sebuah pangkalan berhampiran bandar Cebu, menurut pegawai tentera udara pada Selasa
Lima bidang utama digaris dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan SOCA
Lima bidang utama digariskan dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA).
Festival Makanan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Putrajaya bersedia menjadi hab cita rasa Asia Tenggara dengan penganjuran Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya (PRAFF) 2025 yang berlangsung bermula pada hari ini hingga 28 Mac.
Sidang kemuncak dengan Amerika Syarikat dalam peringkat perancangan
Sidang kemuncak yang dirancang asean bersama Amerika Syarikat (AS) kini berada dalam peringkat perancangan.
Pengendali kereta api Indonesia lihat peningkatan penumpang
Lebih 246,000 penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api jarak jauh di seluruh Indonesia dalam beberapa hari kebelakangan ini, susulan peningkatan permintaan menjelang Ramadan
Manila gantung kelas bersemuka akibat indeks haba tinggi
Kerajaan Manila menggantung kelas bersemuka di semua peringkat bagi sekolah awam dan swasta akibat indeks haba yang tinggi, laporan dari Philippine News Agency.

Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga 2.0 sedang dirangka - TPM Fadillah
Kerajaan sedang merangka NEEAP 2.0 yang berupaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, potensi perniagaan serta pelaburan demi manfaat negara dan rakyat.