KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN) bertujuan mengintegrasikan kesihatan planet ke dasar kebangsaan bagi memastikan pendekatan holistik terhadap kelestarian kini sedang dirangka.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata PTKPN adalah pelan berorientasikan misi yang menggunakan pendekatan menyeluruh Malaysia dalam memastikan kesihatan rakyat, biodiversiti (flora dan fauna) dan planet.
"Malaysia komited untuk mencapai sasaran kelestarian melalui beberapa dasar dan pelan hala tuju negara yang mendorong langkah-langkah dasar dan tindakan bagi mengurangkan pelepasan karbon, mempercepatkan penggunaan teknologi tenaga boleh ubah dan meningkatkan pemuliharaan alam sekitar.
"Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berbesar hati melihat Akademi Sains Malaysia (ASM) mengambil pendekatan proaktif untuk mengarusperdanakan kesihatan planet dalam landskap Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) negara, sekali gus membawa kepada keharmonian antara manusia dan sistem semula jadi untuk kemakmuran bersama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Dialog Kesihatan Planet Kebangsaan: Kesalinghubungan Manusia, Planet dan Kemakmuran di sini pada Khamis yang menghimpunkan wakil kerajaan, industri, ahli akademik dan masyarakat sivil untuk mendapatkan input dan cadangan bagi meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam usaha global untuk kesihatan planet.
Chang berkata konsep kesihatan planet berasal daripada pemahaman bahawa kesihatan manusia dan tamadun bergantung kepada kesihatan sistem semula jadi.
Justeru, katanya Majlis Sains Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri telah memandatkan MOSTI dan ASM untuk membentuk integerasi PTKPN pada 2022.
Beliau berkata komitmen MOSTI merangkumi pelaksanaan Lima Pelan Hala Tuju Teknologi Negara yang memberi fokus kepada sektor-sektor kritikal kepada kesihatan planet seperti teknologi hijau, elektrik dan elektronik, teknologi makanan, teknologi pengangkutan dan perkhidmatan kesihatan.
"Melalui pembangunan dan penggunaan teknologi yang mengurangkan impak alam sekitar, kami secara proaktif menangani isu perubahan iklim, mempromosikan amalan pertanian lestari dan memajukan penyelesaian pengangkutan mesra alam," katanya.
Menurut Chang usaha itu bukan sahaja menyumbang kepada pengurangan jejak karbon Malaysia, malah meningkatkan hasil kesihatan awam dan memastikan keselamatan makanan.
Chang berkata usul nilai PTKPN terletak pada kemampuannya untuk memupuk kerjasama merentasi pelbagai sektor, mengintegrasikan pengetahuan tradisional dan moden serta menyediakan rangka kerja sistem penjejakan berimpak dan rangka kerja pangkalan data genomik alam sekitar bertujuan memastikan planet yang sihat dan kualiti hidup lebih baik untuk semua.
Dalam pada itu, beliau berkata Dialog Kesihatan Planet Kebangsaan penting untuk membincangkan kesihatan planet dan tanggungjawab kolektif dalam memastikan kemampanannya dengan semua pihak berkepentingan ke arah pelaksanaan PTKPN.
Presiden ASM Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen dalam ucapan alu-aluannya pada majlis itu berkata sains pascanormal berasaskan kepada satu set norma yang mencerminkan realiti perlu dibangunkan bagi menangani kesihatan planet dengan berkesan dan lebih arif.
"Sains pascanormal akan menjadi sebahagian daripada sistem pengetahuan manusia yang bersepadu. Pengetahuan holistik amat diperlukan untuk mewujudkan idea baharu mengenai pembangunan dan kemajuan masyarakat manusia. Selepas itu, barulah kita boleh berharap untuk membangun secara harmoni dengan alam semula jadi," katanya.
Sementara itu, Pengerusi PTKPN Prof Emerita Datuk Dr Asma Ismail ketika ditemui berkata pelan itu antara lain bertujuan mewujudkan perubahan minda dalam kalangan rakyat mengenai kesihatan planet dan kesannya serta menyepadukan pelan tindakan secara holistik.
"Kesihatan planet saling berkait dengan kesihatan manusia. Ia bukan hanya tentang menjaga alam sekitar tetapi memahami bahawa planet yang sihat akan memastikan kesihatan manusia dan bukan sebaliknya.
"...perjalanan (untuk pelaksanaan PTKPN) tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata kerana kita perlu mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan organisasi tentang kesihatan planet. Ini memerlukan masa dan cara yang betul untuk mendidik orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024
Chang berkata PTKPN adalah pelan berorientasikan misi yang menggunakan pendekatan menyeluruh Malaysia dalam memastikan kesihatan rakyat, biodiversiti (flora dan fauna) dan planet. - Foto fail/BERNAMA
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.
INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.
NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
'AI 4 Belia' perkasa penggunaan AI dalam kalangan anak muda - Chang
Program 'AI 4 Belia' anjuran MOSTI bertujuan memperkasakan golongan berkenaan dengan kemahiran teknologi AI dalam menghadapi cabaran pasaran pekerjaan masa hadapan.
MOSTI mulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003
MOSTI memulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003 pada awal Oktober, dalam usaha meningkatkan minat pelajar sekolah kepada bidang STEM.