KUANTAN: Pelancong domestik menjadi penyumbang terbesar kepada industri pelancongan Pahang dengan kehadiran 9.71 juta orang pada tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Leong Yu Man.
Beliau berkata Tourism Pahang, dalam usaha menarik lebih ramai pelancong domestik bagi mencapai sasaran kehadiran 13 juta pelancong tahun ini, kini giat memperkasakan promosi di platform media sosial.
"Ini berdasarkan dapatan Data Tinjauan Pelancongan Domestik 2021 yang menunjukkan majoriti pelancong domestik ke Pahang adalah mereka yang berusia antara 25 hingga 39 tahun iaitu golongan aktif pengguna media sosial.
"Jadi, wajar untuk kita memperkasakan promosi di platform media sosial yang bukan hanya menarik minat pelancong domestik, tetapi juga dapat diperluaskan kepada pengguna media sosial luar negara," katanya menerusi kenyataan di sini semalam.
Bagi tujuan itu, Leong berkata Tourism Pahang akan melaksanakan Latihan Media Milenium 2023 dengan kerjasama syarikat penyedia latihan Volt On Sdn Bhd bagi memastikan promosi pelancongan negeri itu dijalankan secara strategik.
Inisiatif julung kali itu menyasarkan untuk melahirkan lebih 100 pengurus media sosial profesional dalam kalangan peserta industri pelancongan Pahang dengan memfokus kepada kumpulan industri pelancongan tanah tinggi, kembara dan semula jadi, serta pantai dan pulau.
Pendaftarannya kini dibuka kepada komuniti industri pelancongan dengan maklumat lanjut di www.volton.my atau e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
![Pelancong domestik penyumbang terbesar pelancongan Pahang Pelancong domestik penyumbang terbesar pelancongan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689538401_TBTAMANNEGARAPAHANG.jpg)
Tourism Pahang akan melaksanakan Latihan Media Milenium 2023 dengan kerjasama syarikat penyedia latihan Volt On Sdn Bhd bagi memastikan promosi pelancongan negeri itu dijalankan secara strategik. - Gambar hiasan
Consider This: e-Waste (Part 2) — Malaysia’s Silent Environmental Emergency
In our digital age, the latest smartphones, laptops, and gadgets are just a click away. But what happens when we upgrade? This year, Malaysia is expected to generate 24.5 million units of electronic waste—a hidden cost of our tech-driven lives. Much of this e-waste ends up in landfills, releasing hazardous materials that poison our environment and communities. So on today’s episode, we’ll take a closer look at Malaysia’s growing e-waste crisis and the efforts to address it. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Mohamed Tarek El-Fatatry, Founder & Director, ERTH (Electronic Recycling Through Heroes).
Consider This: e-Waste (Part 1) — Malaysia’s Silent Environmental Emergency
In our digital age, the latest smartphones, laptops, and gadgets are just a click away. But what happens when we upgrade? This year, Malaysia is expected to generate 24.5 million units of electronic waste—a hidden cost of our tech-driven lives. Much of this e-waste ends up in landfills, releasing hazardous materials that poison our environment and communities. So on today’s episode, we’ll take a closer look at Malaysia’s growing e-waste crisis and the efforts to address it. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Datuk Mohd Zain Hassan, Director of Eco Risk Digital Management Sdn Bhd. He recently retired as the CEO of Malaysia’s largest solid waste management company.
AWANI Ringkas 13 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 13 Februari 2025
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Maklumat hospital 'cloud base' dijangka siap 2028
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739373668_AzamBaki.jpg)
Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya.
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![Pahang hubungi Jepun berkaitan anime Jujutsu Kaisen Pahang hubungi Jepun berkaitan anime Jujutsu Kaisen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701857987_TBJujutsuKaisen.jpg)
Pahang hubungi Jepun berkaitan anime Jujutsu Kaisen
Pahang hubungi Jepun berkaitan anime Jujutsu Kaisen
![Pahang rekod 5.11 juta pelancong bagi enam bulan pertama 2023 Pahang rekod 5.11 juta pelancong bagi enam bulan pertama 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696819587_YDPA.jpg)
Pahang rekod 5.11 juta pelancong bagi enam bulan pertama 2023
Leong yakin sasaran 13 juta pelancong ke Pahang bagi tahun ini dapat dicapai susulan musim cuti sekolah hujung tahun ini.
![Pelancong domestik penyumbang terbesar pelancongan Pahang Pelancong domestik penyumbang terbesar pelancongan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689538401_TBTAMANNEGARAPAHANG.jpg)
Pelancong domestik penyumbang terbesar pelancongan Pahang
Tourism Pahang giat memperkasa promosi di media sosial dalam usaha menarik lebih ramai pelancong bagi mencapai sasaran 13 juta pelancong.
![Pahang sasar 13 juta pelancong pada 2023 Pahang sasar 13 juta pelancong pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675378854_LeongYuMan.jpg)
Pahang sasar 13 juta pelancong pada 2023
Pihaknya optimis sasaran itu dapat dicapai berikutan pelbagai promosi telah dan akan dilaksanakan sepanjang tahun bagi menarik pelancong.
![Pelantikan Exco: Dua ADUN PH janji buat terbaik untuk rakyat Pahang Pelantikan Exco: Dua ADUN PH janji buat terbaik untuk rakyat Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670027563_Istiadat.jpg)
Pelantikan Exco: Dua ADUN PH janji buat terbaik untuk rakyat Pahang
Portfolio semua 10 anggota Exco itu akan diumumkan dalam masa terdekat kerana ia perlu diperhalusi sebelum dimuktamadkan.
![PRU15: Poster calon PH DUN Triang dirosakkan individu tidak dikenali PRU15: Poster calon PH DUN Triang dirosakkan individu tidak dikenali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667747359_Triangsabotaj.jpg)
PRU15: Poster calon PH DUN Triang dirosakkan individu tidak dikenali
Jelas Yu Man, tindakan terbabit sepatutnya tidak berlaku dalam proses demokrasi yang aman dan adil.