Penutupan pejabat Tourism Malaysia di Melaka tidak akan memberi kesan besar kepada usaha kerajaan negeri mempromosi dan menarik kehadiran pelancong, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata sebagai sebuah negeri yang bergantung kepada sektor pelancongan dalam penjanaan ekonomi, kerajaan negeri melalui Tourism Melaka telah merangka pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri itu.
"Tourism Melaka mempunyai struktur pentadbiran yang lengkap meliputi bahagian pemasaran, promosi, penjualan, selain tabung amanah yang diwujudkan bagi digunakan untuk tujuan aktiviti pelancongan.
"Jadi, kita lihat kewujudan pejabat Tourism Malaysia di Melaka hanya sekadar hiasan, keberadaan atau ketiadaannya tidak memberi kesan ketara kepada pelancongan negeri," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.
BACA: Semua pejabat Tourism Malaysia seluruh negara ditutup serta merta - Nazri
BACA: Cuepacs gesa keputusan tutup pejabat Tourism Malaysia ditangguh
Beliau mengulas keputusan kerajaan pada Isnin lepas untuk menutup pejabat Tourism Malaysia di setiap negeri yang berkuat kuasa serta-merta.
Mengulas lanjut, Idris berkata pihaknya melihat keputusan itu sebagai satu 'pemberitahuan' mengenai peranan yang harus dimainkan kerajaan negeri dalam menjayakan agenda pelancongan masing-masing, selain mengelak pertindihan kerja dengan agensi-agensi negeri dalam mempromosi pusat pelancongan di negara ini.
Terdahulu, Idris menyambut ketibaan penumpang China dari Guangzhou menerusi penerbangan China Southern Airlines sempena program 'Fabulous Melaka', program kerjasama antara kerajaan Melaka dan Malaysian Aiports Holdings Berhad (MAHB).
Program itu bertujuan mempromosi Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan menerusi pintu masuk utama negara di KLIA dan klia2, bermula Khamis lepas hingga 15 Feb ini.
Mengenai pelancong China, Idris berkata kerjasama dengan MAHB akan memastikan sasaran kemasukan 1.5 juta pelancong ke Melaka tahun ini menjadi kenyataan berbanding 1.35 juta yang direkodkan tahun lepas.
Melaka menerima kira-kira 16.28 juta pelancong tahun lepas dan pelancong China merangkumi 8.3 peratus daripada jumlah itu, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2017

IDRIS: Penutupan pejabat Tourism Malaysia di Melaka tidak akan memberi kesan besar kepada usaha kerajaan negeri menarik kehadiran pelancong. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Hari pengundian pada hari bekerja perkara biasa - Idris Haron
Penetapan tarikh hari pengundian pada hari bekerja merupakan satu proses biasa di mana-mana negara di seluruh dunia.

Kertas soalan UPKK hilang, tindakan tegas akan diambil - Idris
Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kehilangan kertas soalan bagi tiga subjek Ujian Penilaian Kelas KAFA berikutan kejadian pecah masuk di JAIM, semalam.

Melaka henti pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga
Ia adalah bagi melakukan kajian dan semakan terhadap lesen sedia ada, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Tanah adat Melaka meningkat 28 peratus sejak 2006 - Idris
Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron menafikan Tanah Adat Melaka (MCL) semakin berkurangan, malah menegaskan telah mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus sejak 2006.

Rundingan tukar empat kerusi Gerakan - MCA selesai satu hingga dua bulan lagi
Perbincangan mengenai cadangan pertukaran empat kerusi antara Gerakan dan MCA dijangka selesai dalam satu hingga dua bulan lagi, kata Naib Presiden Gerakan A. Kohilan Pillay.

Pelancongan Melaka tidak terjejas dengan penutupan Tourism Malaysia - Idris Haron
Penutupan pejabat Tourism Malaysia di Melaka tidak akan memberi kesan besar kepada usaha kerajaan negeri mempromosi dan menarik kehadiran pelancong, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Siasatan SPRM tiada kaitan dengan dirinya, kata Idris Haron
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menafikan kononnya disiasat SPRM apabila beliau diambil keterangan oleh beberapa pegawai agensi berkenaan.

Waspada dengan 'kudis' dalam UMNO - Idris Haron
Anggota parti yang dilihat mempunyai niat negatif terhadap UMNO, perlu disisihkan segera agar tidak memberi kesan pada pergerakan jentera parti dalam persediaan menghadapi PRU.

Tolak provokasi dan fitnah terhadap PM - Idris Haron
Datuk Seri Idris Haron berkata Barisan Nasional perlu menolak segala provokasi dan fitnah yang dilempar segelintir pihak tidak bertanggungjawab demi menyokong Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.