Draf pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan penggunaan Bahasa Melayu dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran pada Jumaat berkata tujuan pindaan akta tersebut ialah kerana terdapat banyak pelanggaran terhadap Akta berkenaan dan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.
"Kita lihat sekarang ini dalam majlis-majlis rasmi kerajaan ada yang menamakan program kerajaan dalam bahasa Inggeris, umpamanya program Food Bank sedangkan ia ada namanya dalam bahasa Melayu iaitu Bank Makanan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Jamuan Teh bagi meraikan pelantikannya sebagai Ketua Pengarah DBP dan sempena sambutan ulang tahun kelahiran seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ke-90 tahun di sini .
Majlis itu dianjurkan oleh Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Kelab Peminat P.Ramlee Pulau Pinang, Gabungan Persatuan Kebudayaan Dan Kesenian Melayu Pulau Pinang Dan Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang. Turut hadir Presiden Pemenang Tan Sri Mohd Yussof Latiff.
Abang Sallehuddin berkata pada masa kini terdapat kerisauan dalam kalangan masyarakat apabila semangat kemerdekaan tidak dihormati dan terdapat pihak yang cuba mempertikaikan perjanjian dan persefahaman yang dicapai bersama sewaktu mencapai kemerdekaan dahulu.
"Sebelum kita merdeka dahulu sudah dipersetujui oleh semua pihak bahawa Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan kalau kita lihat dalam Penyata Razak, bahasa Melayu itu adalah bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara, maka kita perlu pertahankan bahasa rasmi," katanya.
Beliau berkata draf akta berkenaan apabila siap sepenuhnya akan dibawa kepada Kabinet dan sekiranya diluluskan ia akan akan dibentangkan ke Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2019

Sebelum Merdeka, semua pihak bersetuju Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan menurut Penyata Razak, bahasa Melayu adalah bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Semua pihak berperanan memartabatkan Bahasa Melayu - DBP
Hakikatnya, masih berlaku penggunaan 'bahasa rojak' di negara ini, malah kepincangan turut melibatkan program rasmi anjuran kerajaan.

Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.

Pelanggaran Bahasa Melayu: Draf pindaan Akta Bahasa Kebangsaan beri kuasa DBP bertindak
Tujuan pindaan akta tersebut ialah kerana terdapat banyak pelanggaran terhadap Akta berkenaan dan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.

DBP ambil pendekatan inklusif martabatkan Bahasa Melayu - Ketua Pengarah
Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata pada masa ini DBP dilihat terlalu eksklusif untuk orang Melayu dan seolah-olah menutup pintu kepada orang bukan Melayu.