KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri mahu satu siasatan terperinci dilakukan oleh Jabatan Laut Malaysia dan polis berhubung insiden pelanggaran sebuah bot pelancong dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut di Jeti Pelancongan Kuala Besut Isnin lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman berkata isu keselamatan dan keselesaan pelancong ke pulau-pulau peranginan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri, sehubungan itu punca kejadian perlu dikenal pasti agar kejadian sama tidak berulang.
Beliau berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana kawasan di sekitar muara sungai adalah luas, dan kejadian seumpama itu akan menimbulkan persepsi negatif pelancong terhadap ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada dalam bot.
"Jika disebabkan kecuaian pemandu bot, tindakan sewajarnya patut diambil sebagai iktibar semua pihak agar lebih berhati-hati pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam kejadian pukul 3.30 petang Isnin lepas, bot pelancong dari Pulau Perhentian yang membawa 29 penumpang, dilaporkan berlanggar dengan sebuah bot yang dinaiki tiga nelayan di kawasan muara Sungai Besut berhampiran jeti.
Akibat pelanggaran, kesemua penumpang serta kru bot pelancong dan bot nelayan itu terjatuh ke dalam sungai, dan mereka berjaya diselamatkan oleh petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta orang awam.
Ketika ini tujuh penumpang bot pelancong yang terdiri daripada dua dewasa dan lima kanak-kanak berusia empat hingga 70 tahun masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
BACA: Pelanggaran bot pelancong: Pasukan penyiasat ditubuhkan kenal pasti punca
BACA: 10 cedera, 2 kritikal bot pelancong bertembung dengan bot nelayan
BACA: Pelanggaran bot pelancong: Tujuh individu kini dirawat di HSNZ
Ariffin berkata kerajaan negeri kesal dan kecewa dengan insiden itu kerana berdasarkan siasatan awal, Jabatan Laut Malaysia mendapati bot pelancong berkenaan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
"Bot pelancong itu didapati membawa penumpang berlebihan iaitu seramai 29 orang, berbanding 12 yang dibenarkan. Ini tidak sepatutnya berlaku, pengusaha bot tidak boleh mengambil peluang meraih keuntungan berlebihan kerana ini melibatkan keselamatan nyawa pelancong.
"Begitu juga dengan pemakaian jaket keselamatan, ia adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh pengusaha bot dan saya berharap pemantauan lebih ketat akan dilakukan selepas ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022

Dalam kejadian pada Isnin, bot pelancong dari Pulau Perhentian yang membawa 29 penumpang berlanggar dengan bot nelayan di kawasan muara Sungai Besut berhampiran jeti. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Warga emas hilang selepas perahu dilanggar bot laju
Seorang lelaki warga emas hilang selepas terjatuh ke dalam sungai apabila perahunya berlanggar dengan sebuah bot laju di kawasan antara Kampung Sua dan Kampung Klid, Batang Oya, Dalat hari ini.

Operasi mencari dua warga Filipina insiden pelanggaran bot ditamatkan
Operasi itu ditamatkan pada pukul 6.30 petang semalam berikutan tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat.

Kes pelanggaran bot: JLM tunggu keputusan pendakwa raya
Kertas siasatan telah diserahkan kepada pendakwa raya selepas pihaknya selesai menjalankan siasatan.

Pelanggaran bot: Kerajaan Terengganu mahu siasatan terperinci
Ariffin berkata, isu keselamatan dan keselesaan pelancong ke pulau-pulau peranginan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Pelanggaran bot pelancong: Pasukan penyiasat ditubuhkan kenal pasti punca
Satu pasukan penyiasat ditubuhkan segera bagi mengenal pasti punca utama pertembungan bot pelancong dan bot nelayan di muara Sungai Besut pada Isnin.