KUALA LUMPUR: Pelantikan ahli lembaga pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB) menandakan satu kemajuan penting seperti yang direncanakan dalam perjanjian langganan saham (SSA) yang ditandatangani bagi penstrukturan semula rangkaian 5G, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
SSA itu ditandatangani antara DNB, Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dan lima pengendali rangkaian mudah alih (MNO), iaitu Maxis Bhd, CelcomDigi Bhd, Telekom Malaysia Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd, pada 1 Dis, 2023.
Gobind berkata SSA itu dimeterai oleh pihak-pihak untuk melaksanakan dasar kerajaan seperti yang diumumkan pada 2 Mei 2023, mengenai peralihan daripada model 5G secara rangkaian borong tunggal (SWN) kepada model 5G secara dwi rangkaian (DN).
"Terdapat dua fasa utama kepada peralihan. Pertama, rangkaian 5G DNB mencapai 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dan penyertaan MNO dalam DNB.
"Kedua, peralihan kepada DN dan pelupusan ekuiti kerajaan (melalui MoF Inc) dalam DNB yang mana beberapa MNO akan kekal dengan DNB manakala MNO yang selebihnya akan berpindah ke rangkaian 5G kedua dan melepaskan ekuiti mereka dalam DNB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata aspirasi kerajaan mengikut pengumuman dasar bahawa SSA, yang merupakan proses penting dalam fasa pertama, akan membolehkan penyertaan semua MNO dalam DNB sebagai pemegang saham sebelum peralihan kepada 5G Dwi Rangkaian.
"Saya difahamkan bahawa susulan pelantikan ahli lembaga pengarah baharu DNB, lembaga pengarah DNB yang baharu dibentuk semula itu akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi untuk, antara lainnya, menyemak dapatan kajian terperinci dan berusaha memenuhi syarat-syarat duluan yang masih berbaki dan menyelesaikan SSA.
'Selepas SSA selesai, MNO dijangka secara kolektif melanggan 70 peratus ekuiti dalam DNB (14 peratus setiap MNO), manakala MoF Inc memegang baki 30 peratus ekuiti dan bahagian khas yang akan memberikan MoF Inc hak istimewa tertentu bagi satu tempoh yang ditetapkan.
"Hak dan obligasi pihak-pihak akan dinyatakan dalam perjanjian pemegang saham yang akan dilaksanakan oleh pihak-pihak," katanya.
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
"Pihak-pihak akan meneruskan proses sewajarnya untuk memuktamadkan SSA, dan seterusnya mempertingkatkan penggunaan rangkaian 5G Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
![Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714044059_GobindSingh.jpg)
Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika sidang media selepas majlis ‘Connected Industries Day’ hari ini. - Foto BERNAMA
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728964477_HafizulHawari.jpg)
Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714044059_GobindSingh.jpg)
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.