MELAKA: Bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing yang akan dilantik sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024 dilihat mampu memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri khususnya dalam menarik kedatangan pelancong antarabangsa.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ini kerana selebriti itu mempunyai pengaruh besar dalam media sosial dan mampu memanfaatkan platform berkenaan untuk mempromosikan Melaka di peringkat antarabangsa, sekali gus merancakkan sektor pelancongan negeri khususnya sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
"Saya mendengar, meneliti cadangan dan komen daripada netizen berkaitan pelantikannya tetapi saya ingin maklumkan bahawa kehadiran Fan Bingbing memberi impak lebih besar pada sektor pelancongan negeri ke peringkat bertaraf dunia.
"Kerajaan negeri juga tidak mengeluarkan belanja yang besar bagi pelantikannya, sebaliknya kita hanya menguruskan aspek logistik kerana tiket penerbangannya juga ditaja oleh sebuah syarikat tempatan selain pengurus antarabangsanya merupakan anak tempatan dan faktor ini memudahkan usaha yang dilakukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perarakan Perahu Naga Melaka 2024 yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Menurut Ab Rauf majlis pelantikan Fan Bingbing sebagai duta akan diadakan secara rasmi pada 15 Jun ini di Encore Melaka.
Fan Bingbing yang mempunyai 63 juta pengikut di Weibo (platform media sosial di China mirip X) dan 4.1 juta pengikut Instagram, lazimnya ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.
Selain filem China, beliau juga pernah membintangi filem adiwira Hollywood, 'X-Men: Days of Future Past', selain filem Perancis dan Korea.
Pada 2017, Fan Bingbing menghiasi kulit majalah Time dan beliau turut dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh.
Sementara itu, Ab Rauf berkata kerajaan negeri sentiasa menyambut baik pelaksanaan program yang menjurus kepada pemerkasaan tradisi seperti Perarakan Perahu Naga Melaka yang merupakan perayaan tradisional kaum Cina sempena Pesta Duanwu.
Beliau berkata menerusi inisiatif itu, acara dan aset warisan dapat diperkenalkan kepada setiap lapisan generasi.
Sebanyak 13 pasukan melibatkan 150 peserta dari seluruh negara menyertai perarakan itu di Sungai Melaka yang berlangsung hari ini dan esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024

Ab Rauf berkata Fan Bingbing mempunyai pengaruh besar dalam media sosial dan mampu memanfaatkan platform media sosial untuk mempromosikan Melaka di peringkat antarabangsa. - Gambar fail

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.

Kos tajaan Fan Bingbing sebagai duta pelancongan hampir RM500,000
Kos tajaan bagi melantik bintang antarabangsa Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) mencecah RM498,347.

"Saya ada maruah..." - Bernard Chandran tak bayar Lady Gaga
Bernard Chandran berkongsi pengalaman ketika penyanyi terkenal antarabangsa, Lady Gaga menggayakan rekaan bajunya.

Jadi duta pelancongan tanggungjawab berat, namun ia satu tuah - Fan Bingbing
Beliau berkata Melaka merupakan satu destinasi pelancongan yang unik dan berbeza dengan kebanyakan tempat pelancongan terkenal yang lain.

Ab Rauf terima kunjung hormat Duta Setiakawan Pelancongan Melaka Fan Bingbing
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerima kunjung hormat bintang filem terkemuka China Fan Bingbing yang bakal dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka.

Pelantikan Fan Bingbing sebagai Duta Pelancongan Melaka tarik pelancong antarabangsa
Bintang filem China, Fan Bingbing yang dilantik sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024 dilihat mampu memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri itu.

Sultan Johor berkenan terima menghadap bintang filem China Fan Bingbing
Urusan menghadap baginda itu dimudah cara oleh pengurus antarabangsa beliau, Jersey Chong, seorang anak Johor yang mahu memperkenalkan artis itu kepada bakal Yang di-Pertuan Agong Malaysia.