KUALA LUMPUR: Pelantikan pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu perlu mempunyai kriteria yang sangat komited tentang agenda reformasi dan bersikap bebas.
Menurut Pengerusi Pilihan Raya Bersih dan Adil, Muhammad Faisal Abdul Aziz, topik tentang agenda reformasi ini sangat kompleks untuk disentuh dan bakal Pengerusi SPR itu haruslah tahu bagaimana ingin mempertengahkan isu-isu seperti pengawalan jentera kerajaan ketika pilihan raya khususnya.
Ujarnya lagi, dengan adanya kriteria seperti berikut, mereka akan lebih cakna tentang tanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang dipegang.
"Bagai saya (kriteria) ini penting untuk kita pertengahkan. Ini masa yang sesuai dengan masa yang ada sebab kita tidak tau apa yang akan berlaku dan apa yang akan datang.
"Sebenarnya apabila kita sebut tentang reformasi, (topik) itu terlalu besar dan terlalu banyak (untuk disentuh) contohnya, macam mana hendak mengawal jentera kerajaan dalam kempen dan sebagainya. Sebab itu penting untuk kita cakap siapa yang layak untuk jadi pengerusi SPR supaya dalam tempoh 4 tahun ini, kita boleh bawa perubahan," katanya.
Faisal berkata demikian ketika bercakap sebagai panel dalam forum Bersih: Lantikan Pengerusi SPR, Reformasi Pilihanraya dan Kesan Jangka Panjangnya pada Jumaat.
Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu juga mengambil contoh ahli SPR iaitu Dr Faisal S. Hazis sebagai calon yang berpotensi untuk menjadi Pengerusi SPR.
"Kalau media ada tanya, siapa calon yang sesuai, sebenarnya kita ada orang, kita ada beberapa nama yang boleh dipertengahkan sebagai calon pengerusi SPR. Jika saya boleh namakan, Dr Faisal.
"Kita tahu beliau komited dengan reform agenda, jadi kita kena bagi beliau peluang dan ruang untuk menerajui SPR dan untuk beliau melakukan reformasi," ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan kerajaan sudah mengenal pasti calon jawatan pengerusi SPR bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses yang sewajarnya bagi pemilihan itu sudah diikuti dan perlu menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Pia Ernadya
Fri Jun 07 2024

Muhammad Faisal berkata, pelantikan pengerusi dan ahli SPR yang baharu perlu mempunyai kriteria yang sangat komited tentang agenda reformasi dan bersikap bebas.- Foto Facebook/Muhammad Faisal Abdul Aziz

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Ramlan Harun dilantik Pengerusi SPR baharu
Menurut Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, pelantikan Ramlan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

PRN: Semua pengundi di 6 negeri diharap laksana tanggungjawab Sabtu ini - Pengerusi SPR
Semua pengundi yang terlibat di enam PRN termasuk PRK Parlimen Kuala Terengganu diharap dapat melaksanakan tanggungjawab dengan keluar mengundi pada Sabtu ini.

Pengumuman tarikh penting PRN enam negeri hari ini
Satu mesyuarat khas bagi PRN Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan berlangsung bermula jam 10 pagi ini.

PRU15: PH dahului 28 kerusi sehingga 12.15 tengah malam
GPS menang 20 kerusi, Pas (18 kerusi), Perikatan Nasional (17 kerusi) dan Barisan Nasional (16 kerusi).

PRN Sarawak: SPR adakan mesyuarat khas 24 November
Mesyuarat Khas SPR akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, aftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain.

PRN Melaka: SPR bersedia sepenuhnya kendali proses penamaan calon esok
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bersedia sepenuhnya untuk mengendalikan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok, kata Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.

PRN Sabah: Keputusan penuh dijangka diketahui 10 malam - SPR
SPR akan menggunakan 20 unit helikopter bagi kegunaan penghantaran peralatan mengundi dan peti undi di kawasan-kawasan pedalaman serta pulau di Sabah.

PRN Sabah: Undi awal, tiga waktu ditetapkan SPR
Terdapat tiga waktu ditetapkan SPR bagi hari mengundi awal PRN Sabah dengan 55 pusat mengundi awal dibuka melibatkan 73 saluran.

SPR sedia laksana PRU jika Parlimen bubar
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia melaksanakan pilihan raya umum (PRU) sekiranya Parlimen dibubarkan ekoran perkembangan semasa politik tanah air, kata Pengerusinya Datuk Azhar Azizan Harun.