KUALA LUMPUR: Pemilihan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) baharu adalah berdasarkan pengalaman dan prestasinya yang baik sebagai bekas Ketua Polis Pulau Pinang dan Ketua Polis Kuala Lumpur sebelum ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kemampuan ditunjukkan Mohd Shuhaily itu akan dapat memberi keyakinan serta kebaikan kepada JSJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Mohd Shuhaily mempunyai pengalaman luas kerana beliau pernah bertugas dalam Cawangan Khas dan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Teluk Intan sebelum ini.
"Selain itu, pemilihan senarai nama calon Pengarah JSJ bukanlah satu nama sebaliknya empat nama dicadangkan untuk menjawat jawatan berkenaan," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JSJ di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Razarudin berkata nama-nama calon berkenaan disediakan sendiri oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Datuk Seri Azmi Abu Kassim, dan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan Pengarah JSJ.
"Pemilihan Pengarah JSJ ini hasil perbincangan antara saya dan Datuk Seri DIG (Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay) untuk dibawa kepada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail).
"Ada nama-nama dicalonkan terdiri daripada pegawai kanan polis mengikut senioriti yang mempunyai kredibiliti, pengalaman dari segi umur dan integriti.
"Saya hendak jelaskan bahawa pemilihan nama Pengarah JSJ (Mohd Shuhaily) ini bukan diambil daripada hand-picked sebaliknya ia adalah keputusan pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP)," katanya.
Terdahulu, Razarudin memakaikan lencana pangkat CP kepada Mohd Shuhaily sebagai Pengarah JSJ yang baharu berkuat kuasa hari ini, disaksikan Ayob Khan dan Azmi.
Mohd Shuhaily sebelum ini merupakan Ketua Polis Kuala Lumpur.
Mengulas mengenai tempoh kekosongan jawatan Pengarah JSJ yang dikatakan mengambil masa lama, Razarudin menjelaskan perkara itu melibatkan pelbagai pihak termasuk SPP untuk bersidang.
Semalam, Mohd Shuhaily menyerahkan tugas jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur kepada Datuk Allaudeen Abdul Majid yang dilantik ke jawatan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
Terdahulu, Razarudin memakaikan lencana pangkat CP kepada Mohd Shuhaily sebagai Pengarah JSJ yang baharu berkuat kuasa hari ini, disaksikan Ayob Khan dan Azmi. - Gambar fail
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump
Tumpuan masyarakat dunia ketika ini sudah semestinya beralih ke arah Washington yang mana akan berlangsungnya majlis angkat sumpah Donald Trump di ibu negara itu sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47.
Kepresidenan Trump: Jangka sesuatu luar jangkaan
walaupun Trump diramal akan fokus dengan agenda America First, namun situasi semasa pentadbiran pertamanya dahulu berbeza dengan realiti ketika ini.
Anwar bertemu pemimpin EU perkukuh hubungan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Bangunan Europa di Belgium pada Isnin.
Malaysia, EU sambung semula rundingan perjanjian perdagangan bebas
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah (EC) Urusula von der Leyen mengumumkan untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA), sekali gus melakar detik bersejarah bagi hubungan kedua-dua pihak.
MEUFTA: MITI sambut baik penyambungan semula
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.
RUU pekerja Gig dibentangkan parlimen akan datang
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) merancang untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada sidang Parlimen akan datang dalam usaha melindungi kebajikan pekerja di sektor itu.
Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang
Polis menembak mati tiga penjenayah aktif dalam kegiatan mencuri kereta dan samun selepas berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, Rawang.
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
Pemerdagangan manusia: Graduan IT perlu hati-hati, elak jadi mangsa - Shuhaily
Seiring perkembangan teknologi dan tawaran gaji yang menarik, golongan itu tidak terlepas daripada menjadi sasaran.
GISB: Tiada halangan ibu bapa semak keberadaan kanak-kanak yang diselamatkan
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd boleh bertanyakan keberadaan anak mereka menerusi semakan dengan pihak polis.
Kecurian elektrik: PDRM kaji beza kerugian tahunan TNB, kaitan perlombongan bitcoin
PDRM mengkaji punca perbezaan kerugian yang ditanggung Tenaga Nasional Bhd (TNB) akibat kecurian bekalan elektrik dan kaitannya dengan pasaran bitcoin.
Polis, pihak berkuasa agama sediakan syor tangani usaha hidupkan semula fahaman GISB
Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama dan agensi berkaitan bagi memastikan ajaran serta fahaman dibawa GISB tidak dihidupkan semula.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Polis tembak mati lelaki Afrika anggota kumpulan samun
Suspek berseorangan dan tidak mahu memberikan kerjasama, sebaliknya melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis.
Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan Datuk Seri
Polis merakam individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Polis teliti semula kertas siasatan Teoh Beng Hock - Shuhaily
PDRM sedang mengkaji semula kertas siasatan berhubung kes kematian Teoh Beng Hock.