SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengambil langkah susulan membantu pengguna air di negeri ini yang terkesan dengan pelarasan kadar tarif air bermula 1 Feb depan.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia berikutan jangkaan 49 peratus akaun pengguna Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bakal terkesan berikutan tarif baharu itu nanti.
Beliau berkata antara langkah yang akan diambil termasuk memastikan Skim Air Darul Ehsan (SADE) dapat diteruskan.
"Ada beberapa langkah yang kita (kerajaan negeri) akan perkenalkan bagi mengurangkan beban sesetengah kumpulan yang dijangka terbeban susulan pelarasan terbabit. Kita juga akan umumkan (kadar) lebih murah...kalau boleh saya maklumkan di sini, antara RM1.50 sehingga RM6.
"Dengan pelarasan kadar tarif air ini, kita akan pulangkan kembali kepada rakyat termasuk penggantian paip dengan tahun ini kita tingkatkan kepada 300 kilometer (km) (penggantian) berbanding tahun sebelum iaitu kira-kira 150 km panjang paip," katanya selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Sekolah Digital Selangor di sini, hari ini.
SADE merupakan program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Selangor dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.
Semalam, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan bermula 1 Feb ini, pelarasan tarif air yang baharu bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dilaksanakan.
Pelarasan itu, yang menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif dengan struktur dan komponen tarif air diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung serta Labuan dan ia akan dikaji semula setiap tiga tahun bagi memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.
Sementara itu, Amirudin berkata pelarasan tarif air itu perlu dilaksanakan dalam usaha menjamin kelestarian modal dan pelan perniagaan Air Selangor untuk jangka masa panjang.
"Memang hampir semua (syarikat air) dan bukan hanya Air Selangor yang memerlukan peningkatan dari segi modal dan pelan perniagaan, kita memerlukan pelarasan tarif pada kadar tertentu dalam tempoh tahun-tahun tertentu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia berikutan jangkaan 49 peratus akaun pengguna Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bakal terkesan berikutan tarif baharu itu nanti. - Gambar fail/BERNAMA

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

Pelarasan tarif air antara faktor inflasi naik 1.8 peratus pada Feb 2024
Lima negeri rekod peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Perlis dan Sarawak.

Tarif air: Kerajaan negeri Perak buat keputusan minggu depan - MB
Keputusan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Perak akan diputuskan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Tarif air baharu di Perak diumum Mac depan - MB
Saarani turut memberi jaminan kenaikan tarif air tidak akan membebankan pengguna.

Pelarasan tarif air: Selangor ambil langkah susulan bantu pengguna terkesan
Kerajaan Selangor akan mengambil langkah susulan membantu pengguna air di negeri ini yang terkesan dengan pelarasan kadar tarif air bermula 1 Feb depan.

Pelarasan tarif air: Pengguna tidak perlu khuatir, optimumkan penggunaan air
Berdasarkan data, sekitar 47.8 peratus pengguna domestik merekodkan penggunaan kurang daripada 20 meter padu.

Pelarasan tarif air bantu tambah baik perkhidmatan AKSB
Izani berkata ia juga bakal memberi kesan langsung terhadap kualiti perkhidmatan kepada pengguna termasuk menangani gangguan bekalan.

Pelarasan tarif air beri ruang Terengganu selesai masalah gangguan bekalan air
Pelarasan tersebut akan dimanfaatkan untuk kerja penggantian paip lama, selain membangunkan beberapa loji rawatan air yang baharu.

Pelarasan tarif air munasabah - Akmal Nasrullah
Menurut Akmal Nasrullah, ia akan memberi manfaat melalui tahap perkhidmatan bekalan yang lebih baik kepada pengguna di negeri terbabit.

Air Selangor harap pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan harapan agar pelarasan tarif air bagi kategori domestik dapat dilaksanakan secepat mungkin.