KUALA LUMPUR: Rancangan pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang berada di peringkat awalan dijangka dilaksanakan syarikat konsesi ANIH Berhad (ANIH) pada suku kedua 2024 bagi mengatasi kesesakan di lebuh raya itu.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pelaksanaan projek pelebaran itu membabitkan jajaran bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Central Spine Road, Bentong.
"Kita jangkakan ia dapat menyediakan lebuh raya selesa, cepat, mudah, cekap dan mampu menangani isu kesesakan trafik yang sering berlaku di KLK, terutama ketika musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.
"ANIH Berhad juga sudah melaksanakan obligasi untuk memasang lampu di KLK seperti terkandung dalam perjanjian konsesi.
"Selain itu, kerajaan juga sudah memasang lampu di jajaran Gombak, Terowong Genting Sempah ke persimpangan Central Spine Road yang termasuk dalam skop pelebaran yang akan dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengenai rancangan jangka pendek dan panjang untuk mengatasi kesesakan di Plaza Tol Gombak dan Bentong pada sesi lisan di Dewan Rakyat, di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman memberitahu, projek itu juga antara lain akan mengetengahkan sistem kutipan tol tanpa henti dikenali Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), bertujuan melancarkan pergerakan trafik di plaza tol berkenaan.
Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan, Khairil Nizam, beliau berkata, pengaktifan lorong pintar menggunakan lorong kecemasan sudah dilaksanakan, namun tidak menyeluruh berikutan spesifikasinya memerlukan kelebaran 2.5 meter (m).
"Bagaimanapun, pengaktifan lorong smart (pintar) sementara tetap dilaksanakan mengikut keperluan berikutan kelebaran laluan kecemasan ketika ini adalah 2.25m.
"Kita sudah memasukkannya dalam skop pelebaran membabitkan sehingga 3m bagi kemudahan lorong smart supaya penggunaan dapat dimaksimumkan," katanya.
Astro Awani
Wed Oct 25 2023

Abdul Rahman Mohamad berkata, pelaksanaan projek pelebaran itu membabitkan jajaran bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Central Spine Road, Bentong. - Foto/ Japen
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pelebaran Lebuhraya KL-Karak bermula suku kedua 2024
Rancangan pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang berada di peringkat awalan dijangka dilaksanakan syarikat konsesi ANIH Berhad (ANIH) pada suku kedua 2024.