PUTRAJAYA: Berkuat kuasa 4 Julai depan, semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan hari ini berkata ia susulan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, hari ini.
Menurut KPDNHEP, pewartaan tersebut bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan menerusi perintah itu.
"Penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna.
"Penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan," menurut kementerian itu.
KPDNHEP berkata pewartaan berlandaskan prinsip semangat Keluarga Malaysia itu dapat menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.
Justeru kementerian berharap dapat mengatasi isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti di pasaran Malaysia dengan adanya perintah terbabit.
Kegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan mana-mana syarikat dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.
Bagi individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
Kementerian berharap dapat mengatasi isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti di pasaran Malaysia dengan adanya perintah terbabit.- Gambar hiasan
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar raya paling tercemar di dunia
Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).
Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.
Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.
Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis
Mana-mana premis dimohon menetapkan syarat bagi setiap individu membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter perkhidmatan.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol
Perkara itu dinyatakan Kementerian Kesihatan ketika mana negara itu berdepan wabak selesema.
COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.
COVID-19: Orang ramai mula kembali amal 'norma baharu'
Penduduk di sekitar Johor Bahru membuat persiapan antaranya dengan mendapatkan kit ujian kendiri, pelitup muka dan cecair pencuci tangan.